May 9, 2010

Doa untuk Ibu: Selamat Hari Ibu

Sempena hari ibu banyak sms yang baik-baik saya terima dari rakan-rakan seperjuangan, emm... mana ucapan dari pengarang jantung saya?

Pasti ramai yang dapat sms berbunyi ala-ala seperti ini, tapi saya nak kongsi juga di sini sebab ini doa yang titipkan untuk kalian semua;
Ya ALLAH, wanita yang membaca ini adalah seorang ibu yang cantik, kuat dan sabar. Kau tingkatkanlah kehidupannya dengan rezeki yang berkat, Kau rahmati setiap perjalanan kehidupannya, Kau bersihkanlah hatinya, Kau kuatkanlah imannya, Kau peliharakanlah dia dari sebarang fitnah. Aku amat menyanyangi wanita ini Ya ALLAH. Semoga dia berjaya dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat. Amin
Ini pula doa untuk kita semua, baca untuk diri sendiri dan keluarga;
Ya ALLAH, aku adalah wanita juga seorang ibu yang cantik, kuat dan sabar. Kau tingkatkanlah kehidupanku dengan rezeki yang berkat, Kau rahmati setiap perjalanan kehidupanku, Kau bersihkanlah hatiku, Kau kuatkanlah imanku, Kau peliharakanlah aku dari sebarang fitnah. Aku amat menyanyangi keluargaku ini, Kau ikatkan hati antara kami Ya ALLAH. Semoga aku berjaya dalam kehidupanku di dunia dan di akhirat. Amin
Sempena Sambutan Hari Ibu hari ini 09 May saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu mahupun bakal ibu seluruh dunia!

2 comments:

  1. selamat hari ibu utk kak wan jugak :-)

    ReplyDelete
  2. terima kasih Umi Nuha... ucapan selamat hari bu untuk Umi Nuha juga, semoga menjadi ibu mithali :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails