Skip to main content

Nasi Ayam Siput

Sapa yang pernah makan nasi ayam lauk siput? Dah nama nasi ayam apa hal pulak lauk siput? Ini cerita yang dah basi 2-3 bulan lepas tapi tetap nak cerita jugak :)

Hari-hari ibu dilanda kemalasan memasak, kami akan makan di luar atau tapau saja. Suatu hari teringin nak makan nasi ayam, kalau kat sini paling glemer adalah Nasi Ayam Traffic Light Sg. Choh memang sedap nasi ayam dia, sangat simple nasi ayam dia takde salad pun, ulam timun batang sahaja. Kalau nak extra sayur atau lauk boleh order lauk panas.

Ni bukan nak cerita pasal Nasi Ayam Traffic Light, tapi nasi ayam yang tak jauh dari rumah kami ni, punyalah meriah dengan salad semua, first time cuba nasi ayam kat sini, tapi ada extra lauk ni kami memang tak pergi dah kedai ni... serious! Ini tanda-tanda cara pengendalian makanan yang tak berapa bersih, nak tau apa extra lauk tu.... ni ha



Kalu tak silap ni siput sungai kan? bukan siput sedut.... siput sedut sedap ;)
Tengoklah salad nya tu, eii memang tak lalu makan lah kami.

Kejadian yang macam nilah yang kita tak mahu, haritu baru sahaja riuh dalam fb saya gambar katak dalam mee di sebuah kopitiam terkenal. Walaupun tiada tanda halal di kopitiam tersebut ramai juga orang muslim yang makan/minum di sana. Nak salahkan siapa? Kita perlu prihatin dengan perkara macam ni, sijil halal bukan saja pada pengusaha kedai makan untuk muslim tapi juga yang bukan muslim kerana semua manusia berhak mendapat yang terbaik. Kalaupun yang mengadu itu bukan muslim dia juga pasti tidak mahu kejadian jumpa katak dalam makanan mereka.

Ini pada pandangan mata kasar dari segi kebersihan belum lagi diteliti dari segi akidah tukang masak dan sebagainya. Makan makanan yang dimasak oleh orang yang tidak solat pun dilarang apa lagi jika makanan yang dimasak oleh orang bukan Islam.

Segala yang baik itu datang daripada Allah dan kelemahan dari diri saya sendiri, maafkan saya :)

Comments

  1. saya pernah dihidangkan maggi sup semut, penuh satu mangkuk,

    tukar yang kedua juga, ada semut

    jadi, terus tidak bertandang ke restoran itu lagi

    ReplyDelete
  2. yarkk..eee..ngerinya..hehehe

    ReplyDelete
  3. Mas,
    uish... semut! huhu

    elissmie,
    tu la pasal.... hi memang tak pegi dah kedai tu lepas tu

    ReplyDelete
  4. kalau saya mesti dah hantar balik kat kedai tu..
    saya suka jenguk kat dapur..tgk cemana org tu masak..bersih ke tidak.

    ReplyDelete
  5. ieda,
    nak dijadikan cerita, kami rush jer ke kedai tu selalu memang pegi kedai favorite, tapi haritu kedai yang biasa dah tutup

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.