Skip to main content

Putu Bamboo Sedap

Suka tak makan putu bamboo? Saya kalau dapat putu bamboo 5 ketul saya sorang jer makan. Dulu masa sekolah asrama setiap kali hari Sabtu time outing ke bandor (bahasa org ganu bagi bandar kt) saya memang akan beli putu bamboo paling kurang seringgit. Dulu seringgit boleh dapat 5 ketul siap dengan kelapa yang banyak menimbun kat atas. Ada yang tak pernah makan putu bamboo ke? Putu Bamboo diperbuat daripada tepung beras dan tepung pulut (kalo tak silap lah sebab saya pun tak arif) dicampul dengan kelapa, di dalamnya ada gula melaka. Dimasukkan ke dalam bamboo dan di masak dengan wap, sebab tu dipanggil putu bamboo (saya tak cakap buluh yer sebab orang tak pernah panggil putu buluh ... ha..ha :D )

Picture from google

Sekarang bila duk sini rasanya susah sket nak cari putu bamboo, kalau ada pun orang jual kat pasar malam jer. Ada yang dah commercial kan putu bamboo ni, macam MD Putu Bamboo. Pada yang biasa lalu kawasan Rawang dan tahu lokasi orang jual banyak buah-buahan dekat dengan stesen minyak Shell mesti tahu kat mana MD Putu Bamboo ni. Kalau dulu putu bamboo color putih jer, tapi MD Putu Bamboo color hijau lebih menarik rasapun boleh tahan. Kami ni kalu duk lalu area situ mesti nak menyinggah dan beli. Harga? Tak dapatlah 5 ketul seringgit sekarang ni, kalau kat pasar malam saya pun tak tahu dah tak berkunjung ke pasar malam berkurun lama huhu. MD Putu Bamboo dijual dengan harga RM2.50 satu bekas ada 5 ketul dan diletakkan sekali 1 sudu plastik untuk memudahkan kita makan. Kami kalu beli 1 bekas tu memang saya jer la yang santap, jadi kenalah beli 2 atau 3 bekas.


Tadi pun sempat beli putu bamboo ni, pada yang lalu area ni singgah dan beli lah putu bamboo ni sedap. Rasa sekali mesti nak lagi.

Comments

  1. wan, kalau kat sini, putu bambu kat ayer itam yg best ;) selalu belisana tapi tak terpikir nak masukkan dlm entry..nanti kalau beli lagi sy postkan dlm blog..sedap sungguh hehhee..

    ReplyDelete
  2. sy pun suka putu bamboo! lama tok make.

    ReplyDelete
  3. putu bamboo beraroma daun pandan.. menaikkan selera..
    tp kakyong tak brp sgt dgn putu bamboo ni.. mungkin sbb tak brp suka makan manis2..

    ReplyDelete
  4. CatlinaFly,

    tak ernah plak try putu bamboo kat ayer hitam... masukkan lah kalau kebetulan pi sana tahu dah kat mana nak cari putu bamboo yg sedap :D

    ReplyDelete
  5. Nur,

    mesti ngide lamo tu nz tak meraso putu bamboo lah dok....

    ReplyDelete
  6. kakyong,

    saya suka rasa tepung beras dia tu... manis tu tak terasa sangat sebab gula melaka dah sebati dalam tepung.... bagus la kakyong tak suka manis, saya ni lagi manis lagi suka :)

    ReplyDelete
  7. ermmm sedap! petang ni paso mlm kat sri gombak, blh pi cari ni. K latie pernah makan, MD putu bamboo ni anie.. ada staff duk kat rawang, pernah bawa.. sedap!

    ReplyDelete
  8. beli jangan tak beli, md putu bamboo tu nampak menarik sebab color hijau pandan tu

    ReplyDelete
  9. sedak nyooo... ehehehe.. kak wan, sy nih segala mak nenek putu saya shukerrr... ehehehe.. nnt nk rasa la MD Putu Bamboo tu...

    ReplyDelete
  10. Qalesha pun suka putu... selain putu bamboo, ada putu piring, putu mayam.. emm putu apa lagi?

    ReplyDelete
  11. hmmm .. putu ape yer?? yan tiap2 minggu mesti pg pasar mlm beli putu piring.. ehehehe...

    psttt... smlm ingat dpt le jumpe akak kat kedai nurza... tp akak takde lak..

    ReplyDelete
  12. xde rezeki kita nak jumpa yan dtg kul baper... InsyaAllah lain kali kita jumpa bole sembang2

    ReplyDelete
  13. smlm yan sampai lam kul 4.30pm.. elok je sampai hujan lebat sgt.. ehehehe.. okie dokie.. nnt insyaAllah ade masa kita jumpe yer...
    akak duk serendah yer? yan dulu penah duduk saner gak.. :-)

    ReplyDelete
  14. akak sampai kul 5 lebih rasanya, lewat sebab hujan banyak kete..

    yan duk serendah kat mana?

    ReplyDelete
  15. yan duk kat tmn desa melor.. akak kat mana yer? ade umah arwah pak mertua kat situ.. dulu awal2 kawen tinggal kat saner..

    ReplyDelete
  16. dah tak jauh dah tu Qalesha.. :D

    ReplyDelete
  17. kak, nnt kita kene borak panjang nie.. ehehehe.. selalu jer yan g saner, sbb umah abg ipar pun kat saner.. eehehe.. nnt akak add ler ym yan yer.. yan_ramlan@yahoo.com ;-)

    ReplyDelete
  18. salam..blh kawan2 bgtau x kat mana blh dapatkan kursus membuat putu bambu ni...

    ReplyDelete
  19. @Khalil Yusof

    Maaf akak tidak tahu di mana kursus putu bambu, khalil boleh tanya di majalah.com di sana pasti ada yang membantu, InsyaAllah

    Jika ada maklumat selanjutnya, akak kongsikan kemudian...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.