Skip to main content

Saya Pernah Niaga Mee Goreng Tepi Koridor

Ini kisah benar, bukan rekaan dan dugaan semata. Saya dulu pakar menggoreng mee dan menjualnya di tepi koridor dengan harga sebungkus 50 sen.
Ni mee goreng jual pasar malam, saya goreng mee kuali kecik jer

Saya belajar menjadi usahawan daripada menjual mee semasa sekolah menengah dulu. Sekolah kami menjadi tuan rumah dalam acara sukan sekolah-sekolah seluruh negeri Terengganu. Waktu itu semua sekolah yang terlibat akan berkampung di sekolah kami, macam pelajar sukan sekolah dari Kemaman dan Dungun akan ditempatkan di bilik asrama dan mereka bermalam di sekolah kami sehingga habis sukan. Bermacam acara di adakan sempena minggu sukan tersebut antaranya jualan oleh pelajar-pelajar yang mewakili persatuan dan kelab masing-masing termasuk Persatuan Sains dan Matematik. Bila minggu sukan bermula ramai pelajar dari sekolah berhampiran akan datang untuk menyaksikan acara sukan dan membeli-belah di gerai jualan kami :D

Bab menggoreng mee saya lah tapi yang sediakan bahan-bahan orang lain, cewah macam chef jer. Semua mengikut sukatan daripada bawang yang diblend, lada berapa sudu, telur 2 biji, ayam, udang, fishball, sayur, tomato segala semua kena disukat supaya setiap hari selama seminggu itu rasa mee yang sama dijual. Sehari tak banyak pun goreng 2 bungkus mee jer, tapi waktu tu bila semua mee habis terjual (kalau tak habis kami akan habiskan... haha) banyak juga duit yang dapat dikumpulkan untuk aktiviti persatuan. Warden lelaki yang masih bujang waktu tu pun datang beli mee goreng kami tau (memang cikgu beli sebab suka dengan mee tu atau kesian tengok kami duk menjual kat tepi koridor..)


Macam ni la rupanya mee goreng bungkus tu tapi takde daun pisang tu, bungkus guna kertas minyak tu jer, pastu bagi nampak mee sket kat atas kiranya tak bungkus penuh lar nak kasi orang tengok terliur :D

Cikgu Matematik aka cikgu penasihat persatuan kami yang ajarkan cara nak kira untung, hasil jualan tolak dengan kos jualan, dapatlah untung kasar kan. Seronok berniaga waktu tu bukannya sebab nak untung sangat tapi seronok bekerja dengan kawan-kawan dalam masa yang sama merapatkan hubungan pelajar dengan cikgu.

Saya memang suka berniaga, agaknya kalau terdesak jual mee goreng tepi jalan atau pasar malam pun saya sanggup.

Comments

  1. salam wan.
    mula2 baca kakchik ingatkan wan quote kisah dari buku Jutawan Senyap, alih2 kisah wan sendiri.
    tahniah ya wan sebab kini dah jadi usahawan sebenar. pengalaman bisnes kakchik ialah sejak kecil menolong mak ayah di kedai runcit, bila msk sek men pernah menjual bookmarker buatan sendiri. dah habis belajar u br mula bisnes balik. masa kat u kalau org tanya kenapa kakchik tak minat bisnes, tak tau nak jwb hehe.

    ReplyDelete
  2. kakchik,
    beruntung kakchik sebab dah terdedah dgn dunia perniagaan dari kecik lagi, alhamdulillah skang dah jadi usahawan kan kakchik :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah wan. kakchik pun tak sangka begini takdir hidup kakchik di usia 20an, 30an ni. moga-moga yang baik itu berkembang juga. tapi cabaran banyak terutama bila sukar nak pusing modal.

    ReplyDelete
  4. saya setuju kakchik, berniaga ni kalau sekadar suka-suka saja tak ke mana, jika nak serious kena belajar ilmu perniagaan, cara kira untung rugi, saya pun sama kdg2 duit pusing modal pun tak lepas.. sebenarnya baru tahu apa tu duit using modal lepas gi kelas usahawan hari tu :D

    ReplyDelete
  5. Salam kak wan. Saya mmg minat biz tp byk lagi nak kena belajar. Nak buat akaun untung rugi pun tak reti. Semua tulis dlm 1 buku jer. Last2 nak kira untung rugi pun taktahu.. haha.. Yg tahu, modal dah balik n dapat la untung / tak rugi biz.. Bab nak pusing balik modal pun bkn mudah. Lps ni (insya Allah) nak mula balik dgn lebih kemas n teratur. Mgkin byk benda sy blh belajar dr akak..

    ReplyDelete
  6. sebaiknya kena belajar lah kaklong nuzula kalau nak lebih 'mantop' dalam business, tapi ramai juga orang yg xde basic bisness boleh jer berjaya...

    ReplyDelete
  7. Aah ada org berjaya biz dr taktau apa2.. sekolah pun tak tinggi.. tp itu la, mgkin diorg byk blaja dr pengalaman. akak pegi kelas usahawan tu kat mana?

    ReplyDelete
  8. yg tu nanti akak ceritakan, atau boleh email akak..

    ReplyDelete
  9. eh, memang boleh kaya meniaga pasar malam ni kak. kalau ada masa dalam sekali seminggu berniaga pun dah ok tu. hehe..

    ReplyDelete
  10. betul Nia boleh jadi jutawan senyap :)

    ReplyDelete
  11. citer pasal meniaga ni mmg saya suka betul..masa darjah 3 & 4 saya berniaga nasi lemak/mee goreng kat skolah..cikgu pun beli.hihihi..yer la, dulu2 kami mmg susah betul..alhamdulillah skrg smua ada career sendiri..tp saya mmg minat lagi nak biz kecik2 (azam 2010 tu)..tp ntah bila nak bermula nih..

    ReplyDelete
  12. MamaYatie,

    Mulakan langkah sekarang, atur perancangan dan strategi dulu, InsyaAllah saya doakan kejayaan tie

    ReplyDelete
  13. Nk jual mee goreng kt psr mlm ni haha wish me luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan bisnes puan berjalan ancar dan dipermudahkan. Amin.

      Pasti ada hasil bagi orang yang berusaha.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...