Skip to main content

Taska tak terima Anak yang berCD

Hari ke-2 ibu hantar anak-anak ke taska, ibu tanya dengan pengasuh taska

Ok ker anak saya kat sini?


Ok..... tapi kami taknak guna lampin ni, guna pampers boleh tak? (pampers  = dispo diapers)


Emm... kenapa yerk? Saya memang pakai ni jer...


Kita tak selesa lah, ada bau.....


Akak tak yah cuci, masukkan dlm wetbag jer, bocor ke?


Tak.... tapi rasa macam geli nak pegang....


Emm... takper lar....

Ada ke pembantu taska bagitau geli nak pegang baby yang pakai lampin kain? Mak kita dulu guna lampin kain jugak untuk kita kan? Lagi susah nak cuci..... tapi mak tak pernah merungut pun...

Mungkin sekarang ada yang senang, buat apa susah-susah nak pakai CD?

Ada sebab kenapa ibu gunakan CD untuk anak-anak ibu bukan semata untuk jimat. Kesihatan anak, allergic kulit.... dan yang pasti ibu ingin berikan yang terbaik untuk anak-anak ibu. Ini adalah pilihan ibu sendiri, ibu tidak berkecil hati pun dengan statement yang dikeluarkan oleh pembantu taska tu, cuma ibu sedih bila dia cakap geli nak pegang....!

Bau apa lah sangat bagi baby usia 10 bulan yang hanya minum susu ibu dan makanan pejal tambahan yang lain dengan kuantiti sedikit? Adakah hidung ibu tersumbat selama ini kerana tidak berbau? Abah pun hairan jugak sebab kalau Aiesyah yang pakai kami memang akui berbau sebab Aiesyah sudah 3 tahun. Tiada bau ker jika pakai dispo diapers? Ibu tidak menyalahkan pihak taska terbabit, kerana mereka tidak biasa dengan lampin kain tersebut.

Petang masa ambil ibu beritahu yang ibu tak hantar anak-anak ibu esok (hari ni). Hari ni ibu tak ke mana-mana, Aiesyah dengan Umar duk lena tidur tu haa... sambil berpelukan lagi.. ;)

Ibu kena pi survey taska yang lain atau babysitter pulak nampaknya, sebab ibu hantar anak hari-hari tertentu sahaja bila ibu ada urusan di luar, jam 8pg hingga 4ptg.

Comments

  1. biasa la tu..kesan kurang kesedaran masyarakat hari ini.nak yg senang, yg cantik, yg bersih aje..pendek kata,yg menyenangkan mereka..

    ReplyDelete
  2. geli?ape kesss....same je kalau pakai diapers, kena air kencing n taik gak..kan leh lap dulu pakai wet tissue...cian kat wan..cabaran betul nak pakaikan CD ek

    ReplyDelete
  3. ermmm.. tak patutlah taska bagi reason tu.. ni lah namanya taska yang business oriented...

    ReplyDelete
  4. mak aihh..ada jugak org gini...even anak saya tak pakai cd, tp sama jer kan..pakai pampers biasa pun dah sah2 ada bau jugak..geli nak pegang?ape ke statementnya tur?abis masa cuci punggung baby ok plak? confuse la..

    ReplyDelete
  5. cesss..mmg pemalasss..
    nyampah tol org yg malas2 ni

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas respond semua, bukan cd yg menjadi masalah di sini tapi sikap....

    andaikata ada ibu miskin yg tak mampu nak belikan dispo diapers dan pakai kain lampin biasa tuk anak dorang, mahu tinggalkan anak sekejap di taska macamana agak nyer yer....

    saya telah gunakan cd lebih dari 2 tahun dan tidak ada masalah dengan babysitter yg jaga aiesyah dulu.... ni salah satu cabaran yg saya kena hadapi... sy akan cari jalan lain.

    Dugaan betul bila nak tinggalkan anak, memang kalu boleh nak jaga sendiri jer, yg penting saya kena cari orang yg betul2 nak jaga anak-anak bukan sebab wang :)

    ReplyDelete
  7. Inilah sikap manusia.. huhu.. Semoga akak dipermudahkan segala urusan.. :)

    ReplyDelete
  8. kalau ye pun xnak yang berCD jgnlah cakap geli. ntah pape care giver cakap gitu. nak cakap ada bau..xphm betul..dia ber*k xbau busuk ke? <--apsal saya emo ni?sory kak wan. semoga kak wan cepat2 jumpa org yang boleh jaga dgn ikhlas.

    ReplyDelete
  9. dugaan...sabo aje lah wan. diaorg tu bukan ikhlas ngan budak2 sb tu jwb gitu...

    ReplyDelete
  10. kaklong nuzula, terima kasih banyak.. InsyaAllah

    Umi Nuha: terima kasihlah tolong emo tuk saya hihi :D

    kinsyakrn: itulah macam2 hal pulak, InsyaAllah ada jalan penyelesaian...

    ReplyDelete
  11. dia kata geli nak pegang. iee, melampau betul org tempat tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.