Skip to main content

Adakah Kita Bahagia? Hadiah Paling Berharga

Bismillah

Tajuk entry ni macam serious saja kan? Bahagia ni tersangatlah subjektif sebab itu kita tidak boleh judge orang lain tak bahagia atau orang lain nampak bahagia sedangkan sebenarnya tidak.


Pasti setiap orang pernah merasa bahagia sampai berbunga-bunga kembang semangkuk bila bahagia kan. Ala macam perasaan berbunga bila orang yang kita sayang pun sayang juga kat kita (hu macam dunia aku yang punya), bila hari si dia melamar kita cakap nak datang rombongan dalam hati duk terbayang majlis kahwin dah... padahal tunang pun belum :)

Kadang-kadang ada hari yang kita rasa tak bahagia bila bermasam muka sewaktu bercinta, bila putus cinta buat semua benda rasa tak kena, bila kita mengharapkan si dia beri kita bunga tapi dia wat dek saje dan paling tidak bahagia bila mahligai rumahtangga yang kita bina hancur berkecai

Bagaimana untuk membina bahagia?
Hadiah yang paling berharga di dunia ini adalah kasih sayang yang dicurahkan oleh keluarga
Ikatan kekeluargaan tidak ada gantinya. Seorang wartawan pernah bertanyakan Mother Teresa penerima Anugerah Nobel Keamanan " Apakah yang perlu dilakukan untuk menjadikan dunia ini aman?" "Go home and love them" jawab Mother Teresa.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda;
Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang terbaik terhadap keluargaku"
Ada mutiara kata yang berbunyi "Orang yang paling bahagia adalah orang yang bahagia bila melihat orang lain bahagia" Jika difahami maksudnya, bahagia ini pada erti memberi kebahagian kepada orang lain.

Berilah cinta kepada Allah dan RasulNya, nescaya kita akan mendapat cinta Allah dan RasulNya
Berilah sayang kepada pasangan hidup kita nescaya kita akan disayanginya
Berilah kasih kepada anak-anak dan keluarga kita, nescaya kita akan dikasihi mereka

Sekadar berkongsi. Wallahu'aalam

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...