Skip to main content

Anak ke Ibu yang Manja


Dah nama pun anak kan, lagikan anak kucing pun manja kemain apalagi anak kita....
Sebut pasal anak kucing, seminggu ni adalah seekor kucing yang selalu datang kat rumah 2 kali sehari, pagi dan petang. Meou..meou.. bunyi kat depan pintu rumah minta diberikan makanan, time ada makanan kat rumah oklah tapi time takde makanan nak bagi apa?


Warna putih cantik bulu kucing ni, makan bila diberikan nasi bercampur ikan tapi time ada ayam jer letak kuah gaul dengan nasi pun habis dimakan. Ibu ni sebenarnya memang tak berapa minat kucing, maklumlah dari kecil tak biasa dengan kucing. Seingat ibu sewaktu kecil dulu mak dan ayah selalu marah-marah bila kucing naik atas rumah sebab kencing dan berak atas tilam, selimut, bantal. Kalau anak kucing memang ibu geli yang amat, tengok pun geli apalagi nak pegang.

Bila kawin dapat suami yang suka kat kucing, ok tapi jangan bagi kucing masuk rumah, bole? Anak-anak ibu boleh kata semuanya suka kat kucing sebab ibu tak pernah larang mereka bermain dengan kucing janji lepas main kucing tangan kena cuci. Hakim ibu tidak lah kesah tapi Aiesyah ni ibu kesah sikit sebab dia alah mudah selsema.

Sambung bab anak, sebagai ibu tiba-tiba kita teringin nak peluk anak tidak kiralah apa aktiviti yang anak lakukan ketika itu. Ibu akan panggil dan peluk erat-erat sambil bisikkan yang ibu sayangkan anak ibu. Hakim memang suka dipeluk dan dimanja sebab itu kadang tidak semena-mena dia datang kepada ibu peluk dan cium ibu, tapi aiesyah kalau tak kena dengan moodnya kena marah lah ibu :)

Time ibu ambil dari sekolah, hakim segera meluru dan peluk ibu baru diambil beg dan masuk ke dalam kereta, sampai jer kat taska aiesyah... eh mana aiesyah? Lor rupanya dah masuk kereta. Umar juga yang best tak kiralah apa sahaja yang ibu nak buat janji dapat nenen sambil goyang-goyang kan kaki. Macam-macam ragam dan gaya anak-anak kan?

Notakaki: Mood jeles tengok Buffered Earning Eyriqazz sampai RM200++ ...........! Ibu punya paling tinggi skang ni belum cecah 50 ringgit pun.

Comments

  1. lain anak lain peelnya..tapi biasanya budak pompuan yg suka dipeluk2 kan?

    ReplyDelete
  2. owh,..biasa la anak2 mcm kita yg dewasa ni jgk, banyak ragam yang berbeza-beza kan.

    ReplyDelete
  3. ieda,
    selalunya gegirl yg manja tapi yg ni lain sket, manjanya ada masa2 jer :D

    ReplyDelete
  4. Nia,
    betulla nia.... macam2 peel

    macam2 peel tu yg jadi seronok

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.