Skip to main content

Anak Kencing Malam

Anak yang kencing malam boleh ditakrifkan anak-anak yang tidak dapat mengawal atau menahan dirinya untuk membuang air kecil dan ini sangat berkait dengan kematangan urat sarafnya. Untuk detail tentang kencing malam boleh lihat di sini.

Pasti ibubapa yang mempunyai anak yang kencing malam berasa tidak senang hati bila kerap perlu mencuci tilam, toto, tikar dan sebagainya. Anak saya juga kadang-kadang kencing ketika tidur, bukannya tidak sedar tapi tidak dapat menahan lama agaknya, jika sedar kami akan cepat-cepat mengajaknya ke bilik air, jika tidak .... selamat.

Picture taken from here

Masalah ini ada penyelesaiannya dengan Baby Quick Dry. Lapisan atas yang diperbuat daripada Organic Fleece sangat lembut untuk kulit, manakala lapisan bawahnya adalah laminated yang bertindak sebagai waterproof. Quick Dry ini boleh dibasuh dan sangat mudah kering serta digunakan semula.


Bagi ibu yang suka menggunakan baby bedding semasa bayi tidur juga sangat sesuai  menggunakan Quick Dry ini kerana baby bedding yang diperbuat daripada kapas yang sejuk dan lembut tidak sesuai dibasuh. lalu bagaimana jika baby bedding terkena najis anak? Lapikkan Quick Dry untuk keselesaan bayi dan kesenangan ibu.

Ibu-ibu di dalam pantang, boleh dilapikkan atas tilam untuk mengelakkan sebarang kebocoran mengenai tilam.

Comments

  1. ni mcm matress kalis air ye kak..erm..menarik juga ni..

    ReplyDelete
  2. thanks for this info! khaleef walaupun dah 'pro' siang2 tp mlm2 nak tido tu kena pakaikan pampers sbb kencing mlm. bole la nk try guna ni ye :)

    ReplyDelete
  3. sounds nice..nak kena beli satu ni ;)

    ReplyDelete
  4. sirna,
    yup kalis air, dan atasnya fabric lembut...

    ReplyDelete
  5. Syigim,
    anak saya pun kadang dipakaikan diapers juga malam2 tapi kadang2 tu ada juga terbabas...

    ReplyDelete
  6. mamazharfan,

    boleh la cuba kalu berminat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.