Skip to main content

Best Betul Jadi Blogger

Salam petang Jumaat, penghulu segala hari semoga segala aturan dan perancangan berjalan dengan sebaiknya. Ibu doakan anda semua dalam keadaan yang sihat dan penuh dengan limpahan kasih sayang Allah dan orang di sekeliling.

Sejak 2 menjak ni, anak-anak menjadi inspirasi untuk ibu menulis tapi ibu merasakan kecetekan ilmu makin terserlah pula bila menulis. Adakah anda juga rasa begitu? Terkadang seperti anak-anak sekolah pula menulis blog begini, ini apa yang ibu rasakan sahaja sebab ibu suka jer baca apa-apa sahaja yang kawan-kawan ibu tulis kerana dari situ ibu kenal kawan-kawan ibu :)

Ibu dah jadi bloggerholic dah sekarang ni, pagi bila bukak jer laptop, mende pertama yang tengok adalah email, kedua adalah blog, ketiga blog dan keempat juga blog :D

Daripada blog ibu kenal ramai kawan yang baik-baik semuanya, bertukar pandangan dan berkongsi cerita. Ada blog bila baca sangat menyentuh hati sehingga bergenang air mata, ada blog yang ibu baca sehingga ketawa meleret-leret. Betullah apa yang ibu baca sebelum ni, jika kita menulis dari hati InsyaAllah akan sampai ke hati orang yang membacanya begitu jua bila bercakap mesti dengan ikhlas dan sepenuh hati barulah sampai maksud dan tujuan bagi si pendengar.

Tolong janganlah muak dan bosan sebab ibu selalu relatekan dengan anak-anak sebab membesarkan dan mendidik anak-anak adalah cabaran terbesar buat ibu sekarang. Banyak yang ibu belajar daripada anak-anak contohnya muka ibu yang tak berapa cantik, kan anak-anak bercakap benar. Selepas melihat iklan New York Skin Solution di TV, hakim datang kepada ibu seraya berkata "Ibu mari hakim tengok muka ibu, emmmm (panjang emmm nya nih) muka ibu belum cantik lagi lar... nak kena pegi kedai ni"

Apa yang ibu perasan anak-anak semakin teliti sekarang mungkin sebab dah semakin besar kan... aiesyah akan perhatikan ibu dari hujung kaki ke hujung kepala bila ibu berpakaian lengkap (nak keluar) perkataan yang selalu disebutkan "Ibu pakai cantik-cantik ni nak gi mana? Ibu nak kerja ker..... ibu kerja kat mana?" Oklah lagi daripada "Tudung ibu dah kotor kena beli lain, tudung ni basuh dulu, nanti beli lain" :D

Ibu tak mahu lagi berblog seperti anak kecil yang hilang punca, InsyaAllah ibu dah sediakan sedikit draft maklumat untuk dikongsikan dengan anda semua. Draft entry yang berbaki pun belum sempat diselesaikan lagi. InsyaAllah jumpa lagi.

Comments

  1. assalamualaikum wan.

    mula-mula nak tegur pasal wajah baru blog. nampaknya wan dah pun menggunakan feature baru blogger, tahniah wan. cool juga.

    kedua pasal bloggerholic. hehe, kita serupa la wan. kadang2 terasa macam tak bertanggungjawab je bila tak kemaskini blog dalam j/masa yang lama. t/jawab kat pengunjung dan pembaca setia.

    kakchik pun suka dapat kenal dan berkawan dgn blogger macam wan.

    ReplyDelete
  2. kakchik,

    saya memang suka color biru dan pink/purple

    tu lah kakchik blog ni dah jadi macam baby

    saya pun!

    ReplyDelete
  3. wan anie,
    hehehee... tak lama lagi jd blogger tegar lah...
    kakyong pun dlm minggu ni sibuk, x sempat sgt nak jengah kawan2..
    btw,. ni lah kerja kakyong pun sejak jan 2009.. hari2 kalo tak adap blog tak sah.. cuma dr sept ke dec 2009 tu jer tak berblog, sbb laptop rosak.. makan masa lah pulak nak kumpul duit utk repair..

    hepi blogging... keep up ur gud sharing..

    hehe,, kakyong tak siapkan lagi review blog wan.. sekali mari hari ni dah tukor wajah plak... ;)

    ReplyDelete
  4. wah..cantik3x..i luv blue too..yer la,blog ni mcm baby dah kan..hari2 mesti nak jenguk..cuma this week tak sempat nak wat new entry..dah karang actually, pending lagi sbb blum upload gambar...huhu..nak plak byk keja lepas cuti2 m'sia..hihii

    ReplyDelete
  5. kakyong,
    takper paham2 kerja audit mengaudit memang ler cenggitu....

    tukor wajah jer kakyong, isi dalam nyer tetap sama :D

    ReplyDelete
  6. MamaYatie,

    patuler senyap jer, cuti2 malayseia rupanya.. nanti share kat blog yer...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.