Skip to main content

Cerita Hari Ahad Kami

Kami cuba sedaya upaya untuk memenuhi segala permintaan anak-anak (apa yang termampu oleh kami dan tidak keterlaluan). Seperti semalam anak-anak sungguh gembira bila dapat berkelah di sungai, seronok sebab boleh main air dan berenang sepuas hati mereka.

Awal-awal ibu dah set masa keluar pukul 8pagi, tu pun pukul 8.30 baru gerak, dengan bekalan mee goreng dan keropok goreng. Sampai jer sana, ibu abah dan aiesyah makan dulu tapi hakim taknak makan, excited nak masuk dalam sungai.

Bekalan

Layan jer gambar-gambar dari jurufoto yang tak ada pengalaman ni, baru snap 2-3 keping, bateri pulak nak habis tu yang gambar tak berapa cantik tu :D
Masih dengan keropok, tak mahu lepas tu
Bbbberrr... kesejukan

Lepas berendam hampir satu jam, aiesyah dah kesejukan, ibu bawa aiesyah naik, abah bawa umar naik, sekali hakim pun naik jugak. Dah sampai atas hakim cakap nak mandi lagi, belum puas berendam lagi rupanya hero ibu ni, turun sekejap jer lepas tu dah taknak mandi dah takde geng agaknya. Bila main air, perut pun lapar, jom makan, hakim makan sampai tambah 2 kali :)

Masa dalam kereta ontheway balik, hakim tiba-tiba kiss pipi ibu, bila ibu tanya kenapa hakim cakap "hakim sayang ibu sebab ibu baik hakim" waduh bergenang kejap airmata ibu ni terasa sebak pula sebab anak sangat appreciate apa yang kita buat untuk mereka mungkin mereka tidaklah pandai berkata-kata tapi percayalah anak-anak menghargai setiap masa yang diluangkan bersama mereka. Ibu tahu harini hakim sangat gembira dan seronok memang tergambar pada raut wajah, perlakuan dan tutur katanya.

Waktu saya taip entry ni, anak-anak tengah tidur. Aiesyah batuk dan demam, panas juga badannya, sakit perut kes Yong Tau Fu semalam pun tak reda lagi. Walaupun sedikit sensitif dengan cuaca yang sejuk, ais, air batu (musim kenduri ni) tapi Aiesyah anak yang kuat semangat, walaupun demam tadi dalam tak larat nak bangun, masih lagi sebut nak baca iqra'. Ibu perlu kuat semangat dan sihat untuk anak-anak ibu, ibu bangga dengan kalian.

Comments

  1. ohh.. bestnya main sungai..kat mana tu.. seronok tengok ;)

    ReplyDelete
  2. little mama,

    Ni sungai kat serendah tak jauh pun dari rumah saya pun dah lupa nama sungainya ni... :D ampunn

    ReplyDelete
  3. ala bestnya.... lama x mandi sungai la..
    agak2 cuti sekolah nie mesti ramai kan??

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  4. mmm... tu sudah pasti, pegi merata ceruk sungai dan air terjun mesti ada orang...

    standard la kak sumi lagi2 time cuti ni :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.