Skip to main content

Gara-Gara Yong Tau Fu

Ini kisah rewind senario hari Sabtu aka semalam, pagi-pagi kami bersarapan nasi lemak kasih sayang telur rebus dan sambal sardin, habis licin lencun semuanya nasi 2.5 pot ibu masak, hakim 2 kali tambah...

Bila tengok jam 12 tgh perut dah berkeroncong, memandangkan anak-anak tidur ibu pun pegilah kenduri jiran deret depan rumah kami ni, sekali majlisnya ahad aduhai.... nasib baik ada satu lagi majlis kenduri anak boss tempat abah kerja, apa lagi kerah lah semua bangun dan bersiap sebab dah kelaparan. Sampai sana abah ambil 2 pinggan nasi, 1 untuk ibu dan 1 untuk abah, lepas dah habis ibu mintak abah ambilkan 1 pinggan nasi lagi... :D mahu nya tak cukup bila ibu makan kena kongsi dengan anak-anak yang nak bersuap semuanya.Nasi pulak sedapnya, tu yang selera sangat tu.


Memandangkan pagi dah nasi lemak, tgh pun nasi minyak, maka bila petang tekak teringin plak nak makan yang ringan-ringan, teringat kat Yong Tau Fu dah lama tak makan, abah yang cadangkan, ibu setuju jer... habis cerita bab makan kami. Malamnya dalam pukul 2am ibu tersedar sebab perut memulas-mulas, lepas ibu aiesyah pulak bangun cakap nak poo, lepas jer aiesyah keluar hakim pula menunggu di luar, kemudian abah, bergilir-gilir kami lepas seorang-seorang. Jika nak dikatakan nasi minyak, aiesyah memang tak sentuh sebab dia makan papadom jer, hakim ngan umar yang makan, tapi kalau Yong Tau Fu semua makan.

Sebelum ni bukan tak pernah beli Yong Tau Fu kat abang tu tapi ok jer, semalam tak tahu lah apa cerita. Lain kali kena buat sendiri lah nampak gaya....

Comments

  1. musim sekarang banyak lalat..makan pun kena hati2..
    harap semua dah okay.

    ReplyDelete
  2. terima kasih ieda, masih lagi terasa aiesyah yang paling kesian, dah demam pulak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.