Skip to main content

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar.

Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan?

Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli, 
sekarang dah takde color pink lagi dah...

Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan, 
kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat

Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas.

Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti yang mana kiri dan kanan, yer lah selipar kan hampir sama sahaja bentuknya. Pastinya proses ini tidak lah lama cuma memakan masa untuk anak-anak kembali kepada keadaan yang biasa. Seingat ibu Hakim dulu pun begitu juga, tapi sekarang sudah ok.

Ibu masih mencari maklumat tentang perkara ini, sebelum ini ibu pernah baca artikel tentang bende ni tapi sudah lupa. Jika ada yang nak berkongsi info dan tips sangatlah dialukan.

Notakaki: Ibu perlu snap gambar bila Aiesyah pakai selipar terbalik untuk kenang-kenangan, juga tulisannya semasa dia baru belajar hendak menulis huruf.

Comments

  1. iyela, rasa nak tau juga..kenapa ye?penaakulan kanak2 masih belum ok ke?

    ReplyDelete
  2. anak saya nurin kronik jugak masalah terbalik dia..dah 4thn ni kdg2 ada certain kasut dia tak leh beza terbalik ker tak..pertuturan dia masih tunggang terbalik..contoh: kenapa mama letak bakul dlm baju? padahalnya, kenapa letak baju dalam bakul.adooiii...yg peliknya, si angah @ aisyah (2 thn) mmg cekap sket..kdg2 terbalik pakaikan dia stokin dia cpt jer perasan..kalo kasut/selipar sengaja letak terbalik, tp elok jer dia pakai betul. isk isk isk..

    ReplyDelete
  3. aliya masih oakai kasut terbalik.. to anis (hampir 3 tahun) dah pandai pakai dgn elok.. sejak umur 2 1/2 tahun dia dah boleh beza kiiri kanan,.. kasut dia lah..
    fikri pulak, masa baru kenal huruf (mungkin ingatan belum kuat) dia memang byk tulis terbalik.. M jd W.. 7 jd rupa mcm L , P jadi b...

    rasanya ade kajian tentang ni..

    ReplyDelete
  4. eliss ms kecik dulu selalu tulis no empat terbalik..hehehehe

    ReplyDelete
  5. amirah,
    mmmmm.... entahlah agaknyer kan?

    ReplyDelete
  6. Yatie,
    Hakim pun ada jugak cakap2 terbalik camtu... tapi bila semakin besar cakap pun semakin ok..
    bende ni mungkin berbeza-beza tuk setiap anak kan

    ReplyDelete
  7. Kakyong,

    lagi banyak rupanya yer...

    ReplyDelete
  8. elissmie,
    ingat lagi tu.... saya serious tak ingat tulis erbalik ke tak atau pakai selipar terbalik ke tak masa kecik dulu :D

    ReplyDelete
  9. Anak idah pun alami juga...
    Afifah(3th) dia mmg selalu lah pakai kasut terbalik, baca buku terbalik..cuma pakai baju shj betul...dan lipat baju...

    Aisyah(2thn)...yg ni pandai pulak...cuma bab terbalik tu bila dpaat buku..suka terbalik...

    pernah juga berty pd kawan2 dan seorg tu guru ngajar pra..katanya biasalah budak umur begitu..apa yg penting time umur begitu kita sbg org tua kena selalu betulkan dan ajar..ajar..ajar..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Siapa nak Buku Perancangan Kewangan Keluarga? FREE jer...

Ini pertama kali saya bersiaran dari hp lama yg x berapa nak canggih ne :) tapi byk berjasa, taipan akan dteruskan walaupun ibu jari kontot ne da rasa nak krem haha kan best kalu dpt hp yg main touch2 je. Lupakan apa yg saya duk merapu tadi berbalik pada tujuan asal sy nak bg pada sesiapa shj yg berminat dgn buku perancangan kewangan keluarga yg dkeluarkan oleh bank negara. Saya percaya wanita aka ibu atau isteri adalah perancang kewangan terbaik sebuah keluarga ye lah selalunya wanita lah yg pandai beli brg time sale dan buat budget keluarga means byk mana belanja byk mana nak simpan nak dlaburkan dan sebagainya. Buku ni sgt berguna bagi saya dan mungkin juga bagi mereka yg mahu kewangan keluarga lebih teratur. Tawaran ini layak pada yg betul berminat sahaja jgn sebab free anda mahu tapi tidak berbuat apa2, baik dberikan pada yg betul2 nak. Gambar buku saya akan upload kemudian, sesiapa yg berminat bole tinggalkan komen dsini, nyatakan nama, email dan kenapa anda perlukan buku ini. ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...