Skip to main content

Ni Baru Betul Buat Laksam

Haritu saya letak resepi laksam, tapi itu bukan yang saya buat, saya salin resepi dari radio dan carik gambar dari en. google. Semalam saya cuba lah buat laksam sendiri..... jadik! tapi resepi tu ada saya ubah sket.

Guna sukatan cawan camni lebih senang... eh

4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung (tepung pulut takde, cuba buat ni menjadik juga)
5 cawan air

Gaul semua bahan bagi sebati dah tiada ketulan, biarkan sekejap. Kita buat kuah dulu...
1 paket santan (yang 2.50 tu)
6 ekor ikan selayang 
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk
2 ulas bawang - ditumbuk (saya guna bawang merah jenis besar yg murah tu, kalau bawang kecil kena lebih)
2 asam keping
Garam secukup rasa

Ikan rebus dulu dengan sedikit air (kalau bakar lebih sedap) ketepi ikan, asingkan tulang dan tumbuk isi ikan
Masukkan santan dalam lebihan air rebusan ikan, dan tambah air sedikit (agaklah dengan laksam yg ada)
Masukkan isi ikan yang ditumbuk, lada hitam, asam keping dan sedikit garam. Tutup api bila kuah masak.


Panaskan perikuk kukus, saya letak daun pandan sikit (optional). bila air mendidih, letakkan acuan laksam. Acuan laksam boleh gunakan talam, tudung periuk atau pinggan yang tahan panas juga. Sapukan sedikit minyak pada bekas acuan, letak adunan laksam tidak terlalu tebal. Kukus sekejap sampai adunan masak dan menggelembung (ni tanda dah boleh angkat)

Angkat dan gulung, mula-mula guna tangan sampai pijar kena panas, lepas tu gulung pakai sudu jer... ahai mudah jer sebenarnya.


Laksam yang telah dipotong untuk dimakan.... taraaa.....


Jom makan! Hakim 3 kali tambah

Bila tengok ikan tumbuk tu teringin pulak nak buat satar atau saghok lada (salok ke saghok... )

Comments

  1. sedapnya laksam, tadi ada nampak tapi makan mee goreng, tunggu esok le

    Susu Badan Online

    ReplyDelete
  2. mm.... memang sedap lagi2 yg saya buat ni hehe

    ReplyDelete
  3. isk isk isk... meleleh air liur... saya suka laksam especially original resepi dr trengganu... eh trengganu ke?

    ReplyDelete
  4. laksam ni femes di kelantan dan terengganu.... saya memang dari sana, kuah2 bersanan g campur ikan ni memang glemer sana... :D

    ReplyDelete
  5. aiseh.. meleleh air liur mlm2 ni...
    kakyong memnag suka sgt laksam.. boleh kata 2 minggu sekali g beli kat makcik kelate yg niaga pasar mlm...
    tp kakyong sorg jer la yg melantak.. anak2 langsung tak suka... tu yg teragak2 bila nak buat/masak..

    ReplyDelete
  6. tak best juga kalu buat tapi makan sorang kan? mmm kakyong meh makan saya buat jer... :D

    ReplyDelete
  7. Nyum..nyum.. sedap laksam yek.. selalu beli kat pasar tak sedap.. so dh lama tak mkn.. mungkin laksam ni sedap klau beli kat tempat asal dia kot.. huhu

    ReplyDelete
  8. tney,
    skag banyak yang dijual tu kuahnya tak kick, maklumlah nak jimat santan dan ikan... kalu buat sendiri wat pekat2 dgn ikan yang banyak... bari best

    ReplyDelete
  9. ye ker wan.. klau buat sendiri, kene mkn sorng2 plak.. sbb yg kat umah dorang tak makn..huhu..

    ReplyDelete
  10. mee tu kalau x buat, ada jual ke kat luar?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.