Skip to main content

Resepi Laksam

Siapa yang suka makan laksam.... ni antara breakfast yang mesti makan bila balik kampung. Kalau kat sini susah sket nak cari orang jual laksam pagi-pagi ni, kalau ada pun nak yang betul2 kick dengan citarasa saya ni susah sket. Jom kita kongsi-kongsi resepi laksam

Laksam
- 500gm tepung beras
- 800gm air
- 1 sudu teh tepung pulut

Cara-cara
- Gaulkan semua bahan-bahan bagi sebati dan rata (tiada ketul-ketul) jangan terlalu pekat atau terlalu cair
- Panaskan periuk kukus, letakkan adunan laksam dalam talam leper atau tudung periuk yang leper tu..
- Talam atau tudung periuk disapu sedikit minyak taknak bagi melekat
- Kukus sekejap jer, dalam 5-10 minit kut, tengok macam ada gelembung2 tu boleh angkat dan gulungkan laksam.
- Sejukkan dan boleh dipotong untuk dimakan.

Kuah Laksam
- Ikan Sardin atau selayang (4-5 ekor)
- 250ml santan
- 1 sudu besar lada hitam dikisar atau tumbuk halus
- 5 ulas bawang merah dikisar atau ditumbuk
- garam secukup rasa
- asam keping

Cara-cara
- Ikan direbus dulu sampai masak, air asingkan untuk buat kuah.
- Ikan diambil isinya dan diblend/tumbuk dan masukkan dalam kuah.
- Kuah ikan tadi dicampur dengan santan kelapa
- Masukkan bawang, lada hitam, asam keping dan garam
- Tutup api bila kuah masak

Ulaman
- Tauge
- kacang panjang dihiris halus
- Timun batang juga dihiris halus
- Daun Kesum dihiris halus

Letakkan sedikit sambal belacan jika mahu pedas... taraaa....

Comments

  1. berbunyi2 perut ini minta di isi laksam.. hihihihi. anie mmg tak letak bawang eh dlm kuah laksam tu? lain org lain resepinya lah kan...

    ReplyDelete
  2. letakkkk bawang.. lupa larr.. tq ummumishkah sebab ingatkan hehe

    ReplyDelete
  3. ikan sardin byk dlm icebox.. dok plan nak buat kuah laksa.. tp bila nampak resepi kuah laksam ni.. terus tergoda.. tp suami tak suka kuah laksam... ishhh, dilema sungguh..

    ReplyDelete
  4. saya pun dah lama tak buat laksa... padahal tak susah sangat an kakyong.. bagi tips sikit buat laksa sedap kakyong

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.