Skip to main content

Salah SMS

Entry di petang Rabu dengan hujan renyai-renyai di luar rumah, udara sejuk dan nyaman menerobos masuk melalui sliding door yang sedikit terbuka.


Bersajak lah pulak, sekarang banyak terima sms salah berbunyi begini;
Cepat abang balik, air ketuban dah keluar ni!
Ni ok lagi daripada "Abang cepat balik, rasa baby nak keluar ni...." Mahunya kita yang baca pun terasa sekali. Ini sms yang kawan saya terima juga dari seorang kawan salah hantar, sepatutnya dihantar pada suaminya.

Semalam saya dapat sms begini "Awad, kelas menembak kita kul brape esok?" isk bila pulak saya ambil kelas menembak :D

Tadi ada lagi satu sms tersasar bunyi begini "Nape? Col guna no opis lar, nanti habis kredit" Mula-mula ingat tujukan pada saya, tapi no opis mana yang saya nak guna :) lagipun saya takde kredit :D

Macam-macam hal, berhati-hati lah masa nak tekan add sender tu, jika sms biasa-biasa macam tu ok lah, jika ayat berbunga-bunga dapat kat kita oleh kawan lelaki yang nak hantar pada isterinya, takke naye kita,
1) Perasan ingat kawan tu betul-betul suka kat kita
2) Suami kita ingat kita bercinta pulak dengan orang lain
3) Silap haribulan, isteri kawan tu datang dan serang kita sebab tuduh kita bercinta dengan suaminya.

Pernah juga dapat sms cinta daripada kawan (nasib baik perempuan) kepada tunangnya, pastu dia malu sendiri, kita takde hal, buat tak tahu jer.... sebab memang dah agak ni mensti silap hantar.

Comments

  1. hahaha...pernah jugak..pastu baru perasan dan cuba nak cover balikkk..malunyerrrr..dah la ter send pada kakak pasal nak pegi dating..huhuhu

    ReplyDelete
  2. betul tu anie, mmg kena hati2 sikit!

    ReplyDelete
  3. wahahaha....saya pernah nk anto mesej gedik kt suami saya tp tersend dekat org lain...wahahaha...nnt nk tulis kat blog ah... :P (uik..lawan2 bg idea lak kita ek)

    ReplyDelete
  4. amirah,
    alahai kantoi... picit tu jgn laju sangat :D

    ummumishkah,
    maklum saje skrin hp kecik, kadang nak tekan 1 jadi 5 hihi

    pija,
    hahaha.... tulis jgn tak tulis

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.