Skip to main content

Selamat Hari Lahir Abang

Sudah meningkat matang... tak cakap tua pun yer. Sudah hampir 7 tahun kita hidup sebumbung plus hampir 12 tahun kita berkenalan 'gitu-gitu'. Walaupun dulu hanya berutus melalui surat tidak kenal rupa dan suara, tapi kita tetap setia...

Dalam tempoh 32 tahun, terlalu banyak onak ranjau dalam perjalanan hidup abang, abang seorang yang kental, kuat semangat, tidak pernah kenal erti putus asa, lembut dengan kami anak-beranak, tidak pernah tinggikan suara, sangat tenang dalam menghadapi setiap situasi genting, sabar dengan karenah kami.

Abang memang matang dari dulu lagi sejak sebelum kawin hingga sekarang beranak 3! Walau dalam apa situasi walau abang tidak mengalah tapi abang menang kerana kematangan.

Abang seorang yang tenang tidak pernah tergopoh-gapah dengan sesuatu perkara, berfikiran panjang.

Abang seorang yang sabar, dari mula dikenali sehingga hampir 7 tahun hidup sebumbung tidak pernah tinggikan suara tidak pernah merungut walau terpaksa bangun sediakan susu anak walau terpaksa bersengkang mata melayan karenah anak-anak, atau mungkin juga karenah ani :P

Abang penyokong setia di setiap perkara yang ani lakukan. Abang lah pembakar semangat di kala diri merasa down, setiap kata-kata disusun elok begitu menyentuh perasaan.

Abang tidak pernah merungut atas sesuatu kesusahan dan kepayahan. Walau terpaksa mencuci, membasuh, menjemur, melipat, mengemas, mengemop, menvacum dan macam men lagi...

Kadang ani pun pelik kenapalah abang boleh setenang itu, sesabar itu? Mungkin kerana abang jarang sekali tinggalkan mengaji selepas subuh, abang jarang sekali tinggalkan solat di pagi hari dan abang sentiasa ingatkan supaya sentiasa ingat Allah dan redha dengan setiap yang berlaku. Mungkin inilah resepinya, biar kita hidup tidaklah semewah mana tapi susah senang kita hadapi bersama.

Abang adalah pembimbing terbaik untuk keluarga kita, suami terbaik untuk ani dan abah terbaik untuk anak-anak kita.

Abang banyak mengajar ani erti sebuah kesabaran walaupun perkataan yang sama juga diulang-ulang. Semoga ikatan ini berkekalan ke akhir hayat. Ani mahu menjadi ketua bidadari abang di syurga kelak....

Comments

  1. alemak, touching abis...selamat hari lahir..saya juga mendoakan kalian sentiasa berkekalan & bahagia sokmo..amin

    ReplyDelete
  2. husband kakyong genap 35 tahun esok.. 20 jun..
    bagusnya dpt suami penyabar... tahniah..

    ReplyDelete
  3. MamaYatie, tq sekali sekala susah saya ni nak puji cam ni... hihi

    ReplyDelete
  4. kakyong,
    itulah kelebihan cik abang saya... owh happy birthday tuk cik abang kakyong jugak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.