Skip to main content

Setahun Selepas Kelahiran

Jika dikira dalam tahun Masihi maka genaplah usia saya setahun hari ni

Saya keluar melihat dunia pada 17 Jun 2009, saya ni bagus sebab masa saya dalam kandungan ibu saya tak ada apa-apa masalah. Ibu saya sakit ala yang contraction memulas dalam perut tu pun sekejap jer, saya keluar pun senang.

Ini hari saya dilahirkan, comel tak saya? Saya tenang bila berada di sisi ibu saya sampai nurse yang jaga tegur ibu saya minta diletakkan saya dalam babycot, tapi ibu wat dek jer.... agaknya ibu saya suka sangat peluk saya dengan bau harum saya waktu tu, lagi satu ibu tak puas nak tatap wajah saya yang 9 bulan lebih dalam kandungan ibu.

Saya menjadi pelengkap keluarga ibu dan abah, dengan seorang abang dan seorang kakak. Abang dan kakak saya memang selalu menjaga dan pandai bermain dengan saya, tak pernah diorang buat tak elok pada saya. Abang saya tu suka sangat sebab ada geng nak main kut. Takper abang Hakim, nanti bila saya sudah boleh jalan dan berlari kita main bola sama-sama.

Kakak Aiesyah sangat sabar dengan karenah saya, kakak kan mesti rajin jaga adik. Kakak akan cepat-cepat ambil kain lap jika saya muak atau tolong ibu ambilkan diapers saya bila saya pee... hee sayang kak Aiesyah.

Sekarang ni saya dah ada 4 batang gigi, abang Hakim panggil gigi rabbit, tak kisahlah sebab saya dah boleh makan dan menggigit dengan gigi ni. Kadang-kadang saya gigit kakak, abang, ibu dan abah bukan apa nak gurau-gurau jer...

Saya dah tak sabar nak jalan, suka sangat bila ibu atau abah pegang tangan dan bawa saya jalan, saya dah terror jalan pegang sebelah tangan jer....

Saya paling suka main air, duk dalam bilik air berejam pun takper, kadang-kadang minum air paip... mm best! Kalau pergi sungai tinggal jer saya dalam air takper, I'll be ok!

Terima kasih ibu kerana melahirkan saya, abah kerana menjaga keperluan saya, walaupun saya tahu ibu dan abah selalu tak cukup tidur bila saya bangun malam tapi ibu dan abah tak pernah merungut. Terima kasih abang Hakim dan kak Aiesyah kerana selalu layan kerenah saya walaupun kadang saya ambil barang, abang ngan kak tak pernah marah saya. Mereka sangat baik hati dan selalu buatkan saya ketawa mengekek.

Saya sangat suka susu ibu saya, bermakna sudah setahun saya hanya minum susu daripada ibu saya sahaja. Sekarang saya suka makan nasi, kueh, buah tak kisah apa sahaja yang orang makan saya pun nak juga sebab saya dah ada gigi.

Terima kasih semua kerana baca coretan saya ni, saya sungguh bahagia kerana diberikan keluarga yang dilimpahi dengan kasih sayang, dipeluk dicium setiap masa. InsyaAllah saya akan menjadi anak yang baik kepada ibu dan abah dan adik yang baik kepada abang dan kakak. Saya mahu ikatan ukhuwah dan kasih sayang keluarga ini kekal hingga ke akhir hayat dunia dan akhirat. Amin

Comments

  1. eh sama harijadi dengan auntie la...tp auntie dah tua...hehe

    ReplyDelete
  2. happy birthday umar! smg umar membesar gagah berani mcm umar al khattab...insyaallah

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Lahir umar yang chicky! :)

    ReplyDelete
  5. ye ke auntie Kancilbiru... hei biethday gak!

    ReplyDelete
  6. terima kasih, InsyaAllah MamaYatie

    ReplyDelete
  7. tq2 ummumishkah... chicky kah?

    ReplyDelete
  8. hei belated 1st besday umar... semoga semakin manis....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.