Skip to main content

Terima kasih Kak Yong

Saya memang tidak pandai berkata-kata apalagi bersyair dan bersajak, tapi inilah yang saya katakan haritu tentang best nyer jadi blogger.

Kenal dengan kawan baru, blog menjadi medan untuk kita bersembang dan berbicara walau tidak kenal rupa tapi kita kenal melalui kata-kata

Review kakyong tentang saya di blognya sebagai hadiah sebab teka berapa helai cd yang di jemuran. Bukan hadiah yang menjadi sebab utama tapi keikhlasan dalam berkawan. Saya mula kenal kakyong semasa care to kakyong oleh sitisifir10 suatu masa dahulu. Oh yer lama sitisifir tidak update blognya, dulu saya suka baca entry nya yang sentiasa dengan ayat-ayat kelakar. Saya doakan sitisifir dalam keadaan yang baik-baik saja.

Sedikit tentang review kakyong tentang saya.

1. CD: memang saya telah lama bercd tapi tidak lah expert cuma berkongsi setakat mana yang tahu daripada pengalaman, ada ibu lain yang lebih expert contohnya zureen, saya banyak belajar dari blognya tentang cd.

2. Kerja dari rumah: Ini pun banyak lagi mende yang saya belajar, dan ianya memang tidak semudah yang disangka. Tali tape kakyong tu rosak agaknyer.

3. Tentang Kita: Punyalah terror bab godek2 kakyong ni :) ni blog pertama yang saya buat sebelum blog comellotecollections. Kononnya dulu jual biskut bangkit dan bahulu, tapi sekerat jalan saja hehe

4. Ekzema: Yer anak saya yg ke-2 ada ekzema agak teruk juga ketika bayi, boleh rujuk entry ini. Alhamdulillah berkurangan masa Aiesyah 2 tahun, sekarang tidaklah seteruk dulu.

Terima kasih kakyong memperkenalkan saya pada maribinablog.

Sekali lagi terima kasih atas review dan saya sangat menghargainya. Ada yang nak exchange review blog tak... jom kita

Comments

  1. oohh. alkesahnya kenal dr pija la ni..
    baru chat dgn pija kat FB tadi.. dia ckp mood berblog belum mari... rindu gak nak baca celoteh dia.. sbb pija ni trademark dia dari dulu memang suka berkongsi tips..

    Insya Allah, lepas ni akan dpt lebih ramai kawan blog...

    ReplyDelete
  2. salam kenal..
    lompat dari blog kakyong

    ReplyDelete
  3. kakyong,

    time tu lah saya kenal kakyong, tapi tak tahulah pula bila kakyong perasan dengan saya ni....

    InsyaAllah kakyong

    ReplyDelete
  4. Yan,

    salam perkenalan... nanti saya usha blog yan yer...

    ReplyDelete
  5. owh, kak yong memang femes. hehe..saya pun suka pegi blog dia jgk.

    ReplyDelete
  6. o ye ke Nia, femes tul kakyong ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.