Skip to main content

Yang Mana Satu?



Konon-kononnya nak bagi lebih ramai komen dalam blog saya ni, so saya tukar dari kotak komen kepada pop-up windows. Saya buat ni sebab ada terbaca dalam satu blog katanya kalu line internet slow, guna kotak komen tu sukarkan pengunjung untuk komen beberapa entry sebab lepas komen kena loading pastu baca entry baru, komen dan loading lagi....

Idea yang diberikan adalah menggunakan pop-up windows, which is lepas pengunjung baca entry pengunjung akan klik kat add comment kat bawah entry tu dan keluar pop-up windows, jadi tidak mengganggu blog yang sediaada, tak perlu tunggu loading untuk komen entry yang lain. Ada benarnya juga, saya so far Alhamdulillah takde masalah dengan line Internet di rumah, tapi kalu slow memang berjanggut jugak nak tunggu loading kan?

3 hari lepas saya tukar dari kotak komen ke pop-up windows, tapi apa yang saya dapat makin kurang pulak komen yang diterima (perasan ramai orang nak komen ke dalam blog ni....?) kalau nak kata pengunjung berkurang saya tengok dalam statistik nuffnang pengunjung kemarin dan semalam lebih tinggi dari sebelumnya..... mmmm adakah pengunjung sudah tak berjumpa dengan kotak komen saya? :p

Atau memang pengunjung yang datang tak nak tinggalkan jejak sebab takut saya jejak balik blog diorang.... :) Pada pengunjung yang singgah di sini terima kasih banyak walaupun tiada air kopi dan buah epal untuk saya berikan pada kalian tapi kalian tetap di hati saya....

Comments

  1. wan

    saya selalu jenguk sini, kadang2 je tinggal komen,

    rasanya yang lain pun mcm itu juga

    ReplyDelete
  2. bagus idea pop-up window tu...

    ReplyDelete
  3. mas,
    itulah kan, tak kesah lar... janji datang kan tak bawa buah tangan pun takper :D


    mamasue,
    emm... tak memeningkan kepala pengunjung nk kena tunggu loading kan? :)

    ReplyDelete
  4. betul jugak...bagus gak idea tu..tapi selalunya orang baca entry cuma tak tgglkan komen je kut... : )

    ReplyDelete
  5. eh..kak sumi lagi suka kalu pop up window nie...

    senang... tekan jer kotakkomen, kuar kat luar....

    jgn risau...mungkin ramai org dh bercuti kot..hehehe..

    ni kak sumi dtg mengomen..hak3

    Sumijelly.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.