Skip to main content

Aura Anak dan Ibu

Salam pagi Khamis, ibu macam biasa lah dengan marathon puasa yang belum habis

Nak tergelak pun ada bila baca komen entry pasal salah sms, ibu pernah juga salah hantar tapi tiada lah message pelik2 terutama bila dalam kepala ada banyak perkara yang difikirkan, nak bagitau customer lain, nak bagitau husband lain, nak bagitau kakak lain. Sekali yang nak bagitau husband tersend kat customer, macam-macam kan. Tutup lah bab sms ni kita tengok apa orang lain cerita pasal salah sms diorang pulak.

Percaya tak ibu dengan anak ada auranya sendiri lebih-lebih lagi ibu dengan anaknya yang masih menyusu badan. Aura yang ibu maksudkan ni macam ni yer, cerita lah senang sikit.

Hensem tak umar dengan spek hitam?

Pernah tak berlaku pada ibu-ibu sekelian, bila bangun jer tidur, anak pun ikut bangun sekali. Kadang ibu ni sanggup tahan nak ke toilet sebab nak bagi anak tidur lena dulu, maklum saja jika menyusu badan, abah tidak boleh menukar tempat

Bila anak dah lena ibu pun turut lena sekali (ni yang paling tak tahan ni.... plan nak buat macam-macam lepas anak tidur jadi terbantut) bila ibu sedar jer, bladder dah penuh ni.... dengan slow-slow dan berhati-hati ibu bangun taknak bagi anak tersedar, baru jer sampai kat pintu bilik dah dengar suara menegur dari belakang. Bila ibu masuk bilik air, mulalah keluarkan suara yang tak enak didengar sampai sanggup menangis dan tunggu depan pintu.

Cakk!

Anak-anak ni dia dapat rasa aura ibunya sebab tu dia akan tersedar bila ibunya tiada kat sebelah agaknya kan. Bukankah anak akan rasa selamat dan tenang bila ibunya berada di sisi mereka. Tidak kiralah apa jua yang anak lakukan yang penting ibu mesti ada hampir dengan mereka, jika ibu hilang dari pandangan jer mulalah mencari dan menangis.

Tidak salah jika ibu berkata begini kan, tiada tempat yang paling baik paling selamat bagi seorang anak kecuali sentiasa di sisi ibubapa mereka.

Memerhatikan anak, menyentuh anak, bercakap dengan anak, memeluk anak dan mencium anak adalah terapi ketenangan buat ibu. Anda?

Comments

  1. iye..saya pun sama..anak yg tgh tido lena bila kita masuk bilik (walaupun menapak sehabis perlahan) akan bergerak2..sbb boleh bau badan mama nya yg masam kutt..hahaha

    ReplyDelete
  2. betulla tu amirah.... bau badan setiap org kan lain2, apalagi kalu ibu sendiri mesti ingat sampai besar :D

    ReplyDelete
  3. Memerhatikan anak, menyentuh anak, bercakap dengan anak, memeluk anak dan mencium anak adalah terapi ketenangan buat ibu. Anda?

    mesti!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.