Skip to main content

Award Tag dari Kakchik


1) Suka tak dapat award ni? bagi ucapan sikit.
Mestilah suka... tak sangka pulak kakchik sudi nak beri award ni pada ibu. Sejak kenal kakchik beberapa bulan lalu... (eemmm, bila yer?) kakchik antara blogger yang rapat selalu ziarah-menziarahi antara satu sama lain macam sudah lama kenal, tapi hakikatnya kami kenal secara maya sahaja. InsyaAllah jika diizinkan ingin bertemu 4 mata dengan kakchik

2) Bintang itu cantik di mata kamu? suka bintang?
Subhanallah.... memang bintang antara keajaiaban yang diciptakan oleh Allah untuk melengkapkan kejadian alam semesta. Memang lah suka, bila malam bintang penuh di langit ibu suka cari bintang yang membentuk zurah (ek?) dah lupa larr.... tapi ibu suka! Ada bintang yang bersusun 3 menunjukkan arah kiblat, dan pelbagai bentuk yang kadang-kadang ibu cipta sendiri.

Bintang juga memberikan ibu inspirasi, pernah ibu hampar tikar dan berbaring di atasnya sambil mengadap bintang, memang menenangkan dan mengujakan dengan ciptaan Allah ini. Anak-anak ibu suka kira bintang tapi tak pernah dapat jumlah yang tepat

3) 2 blog yang kamu selalu jenguk dan baca entri terbarunya.
Banyak, memang banyak.... ibu selalu jenguk blog yang tersenarai dalam bloglist ibu ni, jika tajuk mengujakan memang ibu akan baca, tapi bila ibu ada masa ibu akan buka hampir kesemua blog wahhh.....


4) bagi award ini kepada 3 blogger yang lain.
- MamaYatie (selalu singgah sini, kawan sekolah ibu, sekarang jadi geng blogger plak)
- e.l.i.s.s.m.i.e (selalu singgah sini tinggal komen, ni tanda terima kasih ibu yer...)
- halindahalim (ini pun selalu singgah blog ibu tapi tak pernah rasa nyer tinggalkan jejak. ke ada? Haa.. dapat tangkap, hehe... )

Sebenarnya ramai lagi yang selalu singgah sini, cuma ibu tidak boleh lah nak bagi semua orang kan, apapun jasa kalian sangat ibu hargai, jika selalu singgah ada baiknya kita exchange link, nak? Boleh lah ibu jengah ke rumah kalian juga... ibu ni suka melawat

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.