Skip to main content

Baju Raya Anak-Anak

Dah beli ker baju raya untuk anak-anak, kalau ramai anak maka budget kenalah lebih. Kalau boleh semua anak-anak nak dipakaikan baju yang sama untuk semua kan?

Ni baju yang ibu reserve tuk raya, tapi hakim dah pakai dulu.... pantang baju color merah memang dia suka.


Sempat lagi ni nak beli kain, cuma nak kena cari tukang jahit tu yang susah sket, untunglah pada yang pandai jahit baju sendiri. Ada tukang jahit yang dah tak ambil tembahan dah ni..... Ramai juga ibubapa yang beli baju siap jer, macam ibu ni selalu tak plan awal-awal jadi baju beli siap jer. Oh ya Comel Lote Collections ada tawarkan baju kurung pesak gantung tahun ni. Baju kurung tidak semestinya pakai masa raya jer, hari biasa pun pakai juga kan, pergi mengaji, menziarah, balik kampung....

Aiesyah pun nak color merah juga.... baju ni sedang elok jer untuk dia.

Berapa budget anda untuk sepasang baju siap untuk anak? Bawah 50 masih berbaloi kan? Lagipun kainnya jenis yang sedap pakai, tidak panas dan serap peluh juga tidak jarang. Masa Jakel buat sale haritu, kain yang serupa ni harganya dalam 19 semeter, memang berbaloi beli yang siap jer terus.

Kenapa kami dapat murah? Sebab kami beli material terus daripada China, kalau kat sini memang tak dapatlar harga ni. Qualitynya tak sama macam cotton yang beli dari Vietnam

Pelbagai corak daripada material 100% Quality English Cotton untuk anak dari 1 tahun hingga 8 tahun. Kat bawah ni sample corak yang ada;


Ada 16 corak semuanya tapi ada corak yang sudah habis, antara corak yang masih available sila ke [sini]

Looking for Business Partner
Jika ada yang berminat untuk meraih pendapatan sampingan, sudilah email saya di comellote.corner@gmail.com untuk saya berikan harga borong. InsyaAllah lepas ni ada lagi baju kurung kain plain pulak dengan sulam, juga dari material cotton yang lebih lembut dari english cotton.

InsyaAllah pasti berbaloi, siapa tahu kan mungkin ini permulaan anda memulakan bisnes sendiri di rumah

Comments

  1. cantiknya..tapi tkde anak dara dan takde anak buah prempuan sumenya hero..

    ReplyDelete
  2. amirah,
    doakan rezeki saya lebih tahun depan supaya boleh buat baju melayu sekali :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...