Skip to main content

Cara Ibu Simpan Cloth Diapers

Lama benar dah tak sentuh pasal cd, bila ibu belek-belek gambar yang ibu snap, banyak juga gambar cd tapi belum dimasukkan dalam blog. Setiap gambar yang diambil tu mesti ada benda nak cerita cuma belum berkesempatan untuk cerita. Ni nak cerita lah ni...

Gambar cd dalam mesin basuh dan baldi tak jumpa pula, ni lah akibat jika loading gambar simpan dalam folder ikut bulan, uh jenuh nak mencari, yang mana jumpa terus cut dan paste dalam folder 4blog/cd hehe

Sekarang ni stail basuh cd tak guna sabun, sebabnya abah yang basuh, biasalah kan... faham-faham ler


Bila time menjemur, penuh juga ampaian dengan cd, ibu snap cd yang dijemur oleh abah juga

Bila semua cd dan insert telah kering, masa untuk masukkan insert ke dalam pocket cd dilakukan oleh Aiesyah, anak dara ibu yang rajin.


Tengoklah hasilnya, berketul-ketul cd jadinya....


Susun cd yang telah siap dimasukkan insert ke dalam almari, supaya senang nak guna nanti, ada juga masa yang tak berapa rajin, time nak guna barulah masukkan insert dalam cd. CD yang dah siapkan dimasukkan insert disusun elok-elok, diaper cover, insert lebih, nappy liner dan wetbag.


Aiesyah dah pandai bila ibu minta ambilkan cd untuk umar, dia akan bawakan ibu 1 pocket cd dan 2 insert walaupun kadang pocket cd yang telah diisikan insert tetap juga bawa keping 2 insert bersama, umar sekarang ni tengah mood tak mahu berdiaper sama macam hakim ketika seusia ini dulu....

Comments

  1. bila la anak saya nak berCD..ermmm..tak serajin ibu2 lain

    ReplyDelete
  2. amirah, nak bercd tak perlu rajin sangat pun... hehe. saya dulu asalnya terjebak kemudian tertarik dan teraddict, terus fully cd haha ;D

    bila dah fuly cd automatic jadi terrajin kut...

    ReplyDelete
  3. byknya koleksi CD dia...
    \kakyong pun simpan gambor ikut folder bulan.. bila nak mencari memang leh pusing kepala...

    betui kata wan anie, kakyong pun bukannya rajin sgt.. tp sbb tau anak2 nak guna CD, jd hari2 lah membasuh.. mujur la ade msein basuh... kalo tak patah pinggan gak..

    ReplyDelete
  4. haah lar kita ni kakyong, jadi rajin sebab ada benda, macam jadi berlari laju sebab dikejar anjing... hehe

    ReplyDelete
  5. bab cd ni, saya rasa angkat bendera,

    tak rajin dan tak disiplin..

    kagum sungguh pada ibu2 yang rajin macam wan

    ReplyDelete
  6. Mas,
    saya rajin mengadap blog jer... huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.