Skip to main content

I'm Still Working at Home

Yes I am!

Cuma dulu ibu sepenuh masa di rumah, sekarang tidak lagi. Boleh stress memanjang bila 24x7 terperap di rumah jer.

Berniaga sebenarnya bukan senang, jika dulu ibu sekadar buat suka-suka mengisi masa lapang, sekarang tidak lagi. Jika dulu bisnes ibu hanya berskala sangat kecil, sekarang sudah besar sedikit dari skala kecil itu, macamana nak ukur skala kecil besar bisnes yer Mas?

Berangan punya pejabat sendiri supaya semuanya lebih teratur dan tersusun, stock tidak lagi bertimbun di bilik belakang yang sudah hampir semak ibu tengok. Masih mencari tempat yang selesa untuk displaykan stok yang ada, supaya tidaklah ibu jer yang tengok hari-hari.

Dekorasi begini sesuai dengan ruang bilik rumah baru cuma bilik itu lebih besar sedikit, di tepi itu ada tingkap untuk jenguk dapur. Yer bilik sebelah dengan dapur.

Sekarang bermula tahun kewangan kedua bagi perniagaan ibu ni, mendaftar syarikat sudah, sekarang dalam proses membuka akaun syarikat, selepas ini ibu akan bergerak lebih laju, ibu akan berada di mana sahaja. Jika sekarang ibu hanya kenal pelanggan ibu melalui nama dan alamat rumah/tempat kerja, InsyaAllah lepas ni kita boleh bersua muka pula

Kerja juga semakin bertambah, itu yang tak sempat nak update blog ni berkali-kali sehari, sebab kerja ibu perlu didahulukan. Update stock, check and balance, cash sales, expenses, semua lah yang berkaitan, check dan reply email, update pelanggan bila barang mereka sudah deliver Walau pun kerja remeh-temeh orang cakap tapi ini lah periuk nasi ibu, jika tidak mulakan dari skala bisnes yang tak berapa nak besar ni, bila dah semakin besar kelam kabut jadinya. Kerja di rumah perlukan jadual, pukul brape nak masak, jam berapa nak fokus pada kerja, hari apa kelas mengaji, hari apa nak aerobik (ada tempat aerobik kat sini, ibu baru nak ushar... macam best jer, boleh ganti kelas swimming yang tak jumpa-jumpa tu)

Picture taken from google image

Walau pun di rumah kebanyakan masa ibu di meja ini yang ibu berada sekarang ni, ibu nak upgrade meja kerja ni bila pindah ke rumah baru nanti InsyaAllah.

Seronok bekerja di rumah ni... nak tahu sebab apa nanti cerita yer

Comments

  1. salam wan,

    pandai aje dah tahu saya jenguk ke sini, ok nanti saya buat artikel khusus untuk skala kecil n skala besar..

    ReplyDelete
  2. insyaallah..saya sentiasa mendoakan kawan2 saya smg berjaya mecapai cita2 masing...saya pun pernah jd FHW..tak berkerja dr rumah pun terasa lelah apatah lagi kalo ada biz sendiri..tak kira la skala kecik ker besar kan

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum wan.

    tahniah atas peningkatan dalam bisnes dari rumah. kakchik dulu pun bermula skala kecil, ruang tamu jadi bilik pameran hinggalah akhirnya membuka kedai di alam nyata. kerja memang banyak, hanya Allah yang izinkan kita mampu bertahan dan berkembang ke hari ini. kakchik yakin wan pun boleh. kakchik pun masih di tengah perjalanan.

    ReplyDelete
  4. Mas,

    saya tahu mas mesti datang sebab tajuk saya tu menarik hati mas kan... hihi

    ReplyDelete
  5. Mamayatie,
    thanks, sebab kerja makin bertambah anak kena juga ke sekolah ....

    ReplyDelete
  6. kakchik,
    rumah saya skang ni macam takde ruang tamu jer kakchik, jika tidak diletak dalam almari bertutup risau takut ada baju yg hilang... huhu

    terima kasih kakchik, saya kagumi kakchik

    ReplyDelete
  7. tak adalah wan, hari2 pun saya singgah sini ;D

    ReplyDelete
  8. ye ker Mas... terima kasih banyak2, saya pun selalu ke rumah Mas :D mas jer tak nampak saya hehe

    ReplyDelete
  9. tahniah kak anie, yan doakan akak berjaya.. kalo rajin2 meh le dtg kedai yan.. ehehehehe... anway, nnt akak pindah kat mana?
    p/s : masih berharap dpt jumpe akak...

    ReplyDelete
  10. kedai yan kat mana? akak pindah area sini2 jugak cuma rumah tu lega lar sket.

    boleh lar, kita pakat lar... boleh jumpa nanti

    ReplyDelete
  11. kedai yan kat bangi.. ehehehe.. jauh skit la akak nk dtg.. tp kalo akak ske merewang, meh le merewang ke bangi yer... ahahaha.. nnt if brg nurza sampai kita pakat jumpe ye kak..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. tahniah, perniagaan dah berkembang maju...

    bagus la dah daftar.. dah ade lesen niaga.. kakyong la ni pun nak habiskan stok yg ada.. nak dftr dgn SSM & mula kan baru semula dgn akaun baru... hehehe,...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.