Skip to main content

Mari Mengaji

Bismillah

Pagi Sabtu yang dingin di sini kerana hujan renyai-renyai sepanjang malam terasa seperti suasana pagi di Cameron Highland atau Bukit Fraser jer

Sekadar renungan

Alhamdulillah dalam hujan renyai-renyai semalam, ibu dan beberapa kawan ibu yang lain belajar mengaji Quran + Kelas Tajwid. Memang dah lama teringin nak belajar Quran, nak asah balik apa yg pernah dipelajari semasa dulu, plus tambah ilmu.

Nampaknya jadual setiap Jumaat malam terisi dengan kelas mengaji Quran dan Kelas Tajwid, Alhamdulillah... satu lagi perancangan nak swimming setiap 2 minggu sekali belum kesampaian, kat sini susah sikit nak cari kolam renang yang sesuai dengan kehendak ibu ni. Dulu semasa belajar selalu juga ke swimming pool universiti, sekarang nak kembalikan stamina semula plus maintain berat badan hehe

Pertama kali ke kelas semalam berbekalkan ilmu yang dipelajari semasa sekolah dulu, banyak lagi yang ibu perlu dalami, semalam kami belajar tempat-tempat keluar huruf. Uniknya bahasa Arab dengan bahasa lain setiap huruf ada cara dan bunyinya tersendiri, jika salah makhrajnya maka lain lah bunyinya.

Ada huruf yang keluar dari pangkal kerongkong seperti a'in, huruf yang keluar dari hujung kerongkong seperti kho, pangkal lidah seperti qof, hujung lidah seperti dal, dan ada juga yang keluar dari dua bibir seperti ba dan mim. Yang spesel huruf dhod yang keluar dari tepi lidah dan sebaiknya disengetkan lidah ke kiri mengenai lelangit.... cuba sebut dhod, lebih terang bunyi jika disebutkan dengan huruf mad di depan seperi alif dan dhod, bunyinya aaadddhh

Ini baru huruf kan, belum masuk segala hukum2 tajwid yang ibu pun sudah hampir lupa. Mengaji quran jika tidak dipraktikkan maka keras lidah jadinya. Sebab tu setiap sebutan huruf-huruf seolah menggerakkan seluruh anggota mulut kita, mulut pun kena senaman juga jangan ingat badan jer....

Senaman badan dengan solat, senaman mulut dengan mengaji

Elok diajar anak-anak menyebut setiap huruf dengan betul supaya kena makhrajnya bila mengaji kelak.

Comments

  1. wan..nak tambah..Mengaji tu pon satu senaman hati/jiwa jugak kan? Hati jadi tenang bila mengalun ayat2 Allah.. :-) Alhamdulilah..

    ReplyDelete
  2. betul Hana...

    ketengangan yang hanya dapat dirasai oleh org yang melakukannya :D

    ReplyDelete
  3. pija, dekat surau taman ni jer...

    belajar dgn ustzah best!

    ReplyDelete
  4. bestnya , kakyong pun kena ulangkaji balik tajwid & mahraj.. dulu dekat surau rumah mak ada... tp time ptg, suami plak selalu xde kat rumah.. xde org nak jaga anak... huhuuu, kalo pk balik, semaca alasan.. tp kalo g ngaji tinggal anak meraung dirumah.. camana?!!

    ReplyDelete
  5. kalau anak dah besar diorang ok, yang besar tolong jaga adik2 kut...

    saya haritu pun kemain anak2 duk meraung depan pintu, diorg takleh bukak sebab saya bawa kunci... habis satu taman dengar.... abahnye ada wat dek jer... abah cakap kejap jer... lepas tu diorg ok

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.