Skip to main content

Nantikan Kepulangan Kami

Last balik kampung semasa mendapat khabar tidak baik tentang bapa saudara Ayah Chik yang dirawat di ICU HUSM kerana kemalangan, walaupun hanya pulang hari (bayangkan perjalanan lebih lama dari berada di destinasi) tapi bersyukur sempat berjumpa walaupun arwah sudah tidak sedarkan diri waktu itu kerana arwah pergi tak kembali 2 hari selepas itu.


Hari ini kami akan berangkat pulang untuk bertemu dengan seluruh adik beradik yang akan berkumpul kerana mak dan ayah ibu akan pergi tunaikan umrah minggu depan, berpuasa di Mekah dan hanya pulang selepas hari raya. Ini adalah pemergian ke tanah suci kali kedua buat mak dan ayah selepas menunaikan haji 10 tahun yang lepas.

Ini adalah kehendak ayah sebenarnya ingin benar beliau ke sana, rindu dengan tanah suci katanya, mak hanya mengikut tanpa membantah kerana kedudukan isteri di samping suaminya. Lambaian kaabah seakan telah memanggil mereka untuk ke sana sekali lagi. Kami pun bercadang untuk bawa mak, ayah dan mek (ibu mertua ibu) ke Mekah tapi bukanlah tahun ini. InsyaAllah jika ada kesempatan dimurahkan rezeki oleh Allah dan kesihatan yang baik.

Sejak awal bulan haritu lagi kami bercadang untuk pulang, sudah rindu dengan orang tua dah lama tidak berbual dan mendengar celoteh mereka berdepan, selalu dengar di telefon sahaja. Pasti banyak pesanan kepada kami yang ditinggalkan sementara ni. Kami doakan semuanya dipermudahkan Allah, selamat pergi dan pulang.

SMS dari kakak tentang pembahagian tugas baru je dapat semalam, beginilah kami yang 12 beradik ini bila ada makan-makan, mesti ada pembahagian tugas supaya yang berat jadi ringan. Majlisnya esok antara kami anak-beranak dan saudara-mara terdekat sahaja. Tahlil dan khatam quran pada malamnya selepas Isya'.


Doakan kami selamat sampai ke kampung yer, balik dengan kereta kecil kali ni. Ada kesempatan ibu bersiaran dari kampung halaman, semoga bersua lagi.

Comments

  1. selamat balik kg, hati2 di jalan raya..semoga perjalanan anie sekeluarga selamat hendakNya..juga utk kedua org tua yg nak ke Tanah Suci..semoga Allah SWT mempermudahkan urusan mereka.Amin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...