Skip to main content

Ngelat ke Bijak?

Satu itu satu, ALLAH itu satu
Dua itu dua, dua biji mata
Tiga itu tiga, tiga roda beca
Empat itu empat, empat kaki kuda
Lima itu lima, lima rukun Islam

Enam itu enam, enam rukun Iman
Tujuh itu tujuh, tujuh hari seminggu
Lapan itu lapan, kaki labah-labah
Sembilan itu sembilan, sembilan biji bola
Sepuluh itu sepuluh, jari tangan saya

Lagu yang selalu dinyanyikan hakim dalam kereta, sampai ibu juga dah hafal dan menyanyi bersama-sama.

Aiesyah yang selalu ngelat, bila selesai minum susu jer, dia mulalah... aiesyah nak muntah ni sambil batuk-batuk. Bila abah cakap masuk toilet, dia akan cakap abah la angkat..... bila abah angkat dan sampai kat toilet, dia akan cakap, emm dah hilang la muntah, sebenarnya dia memang suka abah dokong

Bila gosok gigi pun ngelat juga, selalu nak gosok sendiri taknak ibu ke abah ke gosokkan, ok lah tu sebab aiesyah memang sangat berdikari. Tpi bila gosok sendiri sekali dua dah siap katanya, aiii mana aci, yerlah tak boleh lah lama-lama nanti patah tangan aiesyah ni, katanya.

Bila ibu minta dia carikan barang yang dia dah main, dia cakap aiesyah tak tahu lar.... hakim kut, atau abah kut....

Kalau macam ni ngelat ke bijak?


Bila dia gembira, dia akan melompat-lompat sambil menyebut 'hari raya... hari raya'


Comments

  1. mmg bijak... itu tandanya dia menggunakan akal untuk ngelat... walaupun dia tak tau yg sebenarnya dia mengelat... :-)

    ReplyDelete
  2. ye ke amirah.... tunggu anak besar sket nanti panjang akalnya...

    ReplyDelete
  3. betul jugak cakap ida tu... memang dia wat muka selamba jer bila cakap :D

    ReplyDelete
  4. tu menandakan dia seorang yang creative,hahaha..byk idea..anak no 2 kan mmg gitu..

    ReplyDelete
  5. anak kedua memang gitu kot gayanya, sebab nk amik perhatian

    arif-no2

    selalu ayat gini

    alim tak pandai ibu buat la

    alim tak larat

    alim demam (sambil letak tangan atas dahi n buat2 batuk)

    ReplyDelete
  6. Yatie,
    iyer lar rasanya...lagi satu dia pompuan, mulut potpet sket ar...

    ReplyDelete
  7. Mas,
    oo arif pun sama suka ngelat... hahaha

    oo pandai yer, memang sebijik jer perangai...:D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.