Skip to main content

Pos dah Naik Harga

Wah rupanya pos parcel dah naik harga, kalu sebelum ni ramai yang suka guna e-parcel sebab murah kan? Lepas ni takde murah lagi, minimum rate RM7 sama dengan poslaju jugak. Kalu tak caya tengok [sini]

Kalau barang besar dan berat memang pelanggan prefer guna e-parcel, lepas ni kena tengok betul-betul yang mana lebih menguntungkan e-parcel atau poslaju. Nampaknya kita peniaga takde pilihan, walaupun harga naik kita tetap nak guna khidmat e-parcel tu for certain barang, walau bagaimanapun customer have the right to decide which service they prefer and bear with the cost.


Tak pasti pula servicenya macamana, jika dinaikkan harga tapi service sama macam poslaju ok lah, sebab pelanggan ni memang nak cepat jer barang sampai tapi kalau boleh nak bayar yang murah... hehe bukan anda jer, ibu pun sama gak kalau shopping online

Anda guna service apa tuk pos barang, Poslaju, Skynet, GDEX, Skyline, Kangaroo atau apa? Yang baik elok juga dikongsi-kongsi kan supaya bersama dapat manfaatnya. TQ

Comments

  1. apa-apa pun diharap tidak membebankan pengguna..

    ReplyDelete
  2. tu la pasal..baru ni terima parcel.. selalu charge rm3.50 jer.tetiba tgk kat slip rm7...
    tgk date slip 1 julai.. parcel sampai semalam 6 julai.. parcel dr Rawang..

    kalo poslaju ade stgh tempat delivery 1 hari, ade juga 2-3 hari.. 1 minggu pun penah ada.. terutama kalo tempat yg kampung/ulu... :p

    ReplyDelete
  3. patutnya kalau naik harga, kena lagi laju la kan..hehe

    ReplyDelete
  4. Sharinginfoz,
    memang dah terasa dah bebannya....huhu

    kakyong,
    itu lah naik harga tapi service tak naik pun :D

    Nia,
    betul..3x

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...