Skip to main content

Pucat Bila Naik Tren, Koc Wanita

Assalamualaikum

Semalam tak sempat nak update blog, maaf yer sebab ibu keluar awal2 pagi lagi pulang pula bila sudah gelap. Huh tak sanggup ibu berulang-alik begini setiap hari seperti suatu masa dulu, Alhamdulillah dengan keadaan ibu sekarang yang bekerja sendiri, biar wang yang masuk ada turun naiknya tapi ibu sangat gembira.

Sebenarnya 2 hari ibu tak sempat update blog, hehe yang kelmarin tu ibu buat schedule entry tapi semalam memang tak dan langsung....

Ibu memang asyik pucat jerk bila naik tren, nasib lah badan sebab duk rumah jauh, bila time nak keluar awal pagi ibu risau tak sempat sampai bila drive plus parking yang mahal.... rupanya naik public transport pun banyak ragamnya, asyik berhenti saja, jalannya 10 minit berhentinya 15 minit

Selesai urusan ibu di KL jam 5.30 petang terus bergegas pulang, walau perut lapar sanggup tahan sebab nak kejar tren punya pasal. Sama macam ragam pagi tadi, petang pun sama! Ibu jangka dalam 6.30 dah boleh sampai tapi 7.30. Memang macam nak pengsan orang ramai macam sardin, tu kira ok lah sebab duk dalam koc wanita tapi kuat betul diorang ni tolak sampai ibu tak boleh bernafas.... tersepit!

Pengalaman nak pengsan dalam tren dalam entry ni.

Ibu pula tak bawa pump, memang dah letak dalam kereta, jangkanya balik masuk kereta terus nak pump. Itulah lain pula yang berlaku, perancangan Allah itu lebih baik memang nak menguji kesabaran ibu ni agaknya. Perkara dah lepas mungkin ada pengajarannya di situ.

Ibu sangat sokong koc wanita yang dibuat oleh KTM, sekurangnya jika bersesak-sesak tidaklah kita bersesak dengan orang bukan muhrim kan? Tapi lebih bagus lagi jika koc wanita seperti ini

Comments

  1. salam wan.
    terima kasih kongsi pengalaman.
    kakchik pun sokong sangat adanya koc wanita ni.
    yg kakchik tunggu pula bas awam utk wanita.
    kat kelantan ni kalau bas persiaran mmg ada bhgn khas untuk wanita di tingkat bwh. bas dr syarikat bas mutiara. tahun lps gi KL kakchik naik yg tu. mmg best la sb semua pompuan kecuali pemandu, kelindan dan bbrp kanak2 lelaki.

    ReplyDelete
  2. haah.. kakchik, tak tahu pula saya ada bas yg khaskan tuk wanita... memang bagus sangat kakchik

    ReplyDelete
  3. bas tu dah lama ada kan...huhu...tp none of this sy pernah naik...rindu plak zaman bujang naik mcm2 jenis transport utk ke sana ke mari :D

    ReplyDelete
  4. pija,

    memang ah sejak kawin ke sana sini ada org hantar,... hehe tapi kalu duk kl ni kadang2 teringin jugak nak naik public transport kecuali bas... huhu

    ReplyDelete
  5. slalu dgr citer dr kawan satu opis, tiap2 ari bkejar nk naik komuter. xtau la pulak cam ni keadaannya. walaupun koc wanita. sib baik la saya naik lrt. kadang2 sesak gak. tp masih di tahap ok lagi la rsenye.

    ReplyDelete
  6. memang pelikkan.... komuter tu jugak yg kita kejar walaupun di dalamnya macam sardin.. huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.