Jul 21, 2010

Tempah Bisnes Kad Online

Dah bertahun berniaga baru nak ada business card, eh takper lah daripada tiada langsung sampai bila-bila.

Memang dah plan lama nak tempah tapi asyik tertangguh sebab selalu tidak menyinggah ke kedai printing ni. Duk belek-belek dalam internet, terjumpa lah website ni.

Ini lah dia bisnes kad yang dihasilkan, tempah hari jumaat lepas, malam tu juga dia email artwork, 2-3 kali juga minta dibetulkan, ini lah hasilnya.


Memang puashati cepat dan cekap, hari isnin dia pos selasa dah dapat kat tangan. Harganya boleh tahan murah RM65 untuk 300 keping siap ada matte laminate lagi.

Kalau ada yang nak tempah bisness card, kad kahwin, banner, bunting semualah mengenai printing boleh intai-intai website Mat DZ ni. Semoga terus maju jaya yer Mat DZ.

12 comments:

  1. Terima Kasih Wan Anie kerana membuat tempahan dengan bisneskadonline. Semoga perniagaan Wan Anie akan terus bertambah maju..

    ReplyDelete
  2. nice card...sweet jer.
    justnak tanyalah...few days back saya dengar berita kt radio SSM saman around 400 org tahun lepas sb berniaga melalui internet tp tak daftar dgn SSM...kena daftar ke biz internet ni?

    ReplyDelete
  3. Mat Dz,
    Terima kasih singgah sini, InsyaAllah lain kali boleh kita berurusan lagi :D

    ReplyDelete
  4. ieda,
    sebaiknya kenalah daftar... baru lah proper, tapi biasalah kalau kita yg baru nak niaga kecik2 camana nak daftar kan, sebab baru peringkat cuba2..
    lagi satu bila dah daftar niaga, kena lah income tax pulak....

    ReplyDelete
  5. cumil..cumil... Mmm, kalu murah mcm ni dan servisnye bagus dan bumiputra plak yg buat mmg insyaALLAH boleh la nk tempah next time

    ReplyDelete
  6. Boleh pija, ore kelate jugok tu... kedai dio pun kat kelate... :D

    ReplyDelete
  7. wan, sy pun baru terima name card sy semalam..buat 100 keping je dulu, kat printsini.com..

    nanti leh exchange card ye!

    ReplyDelete
  8. CatlinaFly,
    baru dapat card jugak... haah bole2, jom exchange

    ReplyDelete
  9. cantiknya..mmg murah sngt..sbb saya biasa tempah bis card bos punya RM 60 for 200pcs tau..kertas biasa lak tur..

    ReplyDelete
  10. wah.. cantik lah...

    kakyong baru plan nak register dgn SSM... dah kuor tv sapa tak berdaftar & meniaga online,.. leh kena saman..

    rasa2nya ni sbb ramai yg buat duit thru internet, pastu kerajaan x dpt 'habuan'.. hahah....

    tp camner yer, kan ade mcm2 bisnes internet ni.. ade yg produk maya..

    sepatutnya ade guideline la.. kalo cam kakyong ni masih kecilan.. nak habiskan CD 50 pcs 1 bulan pun sakit...

    ReplyDelete
  11. kakyong,
    ni lah antara dugaan kita ni, baru nak mula bisnes macam2 hal pulak, rasa tak adil juga bagi peniaga yg baru nak mula atau kecilan, macam saya ni dah setahun rasanya baik saya buat dengan lebih proper

    kakyong cost nak daftar paling murah rm30 guna nama sendiri, kalu nama trade tu rm70 tuk setahun.

    bila dah reg company, income tax pun akan kena gak nanti... memang betulla apa yg kakyong cakap tu...

    ReplyDelete
  12. Beri Laluan

    Nak promosi produk atau perkhidmatan? Klik sini PERCUMA 100%

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails