Jul 24, 2010

Ubahsuai Printer Ink di Luar

Hari ni (merujuk kepada semalam) Alhamdulillah cuaca cerah dari pagi sampai petang, semalam hujan lebat habis basah kuyub baju sampai kena basuh lagi sekali. Kesian mesin basuh ntah berapa kali kena buat kerja hari ni.


Kerja ibu banyak juga melibatkan printer, bukan apa senang jika semua dicetak dan disimpan dalam bentuk hardcopy. Kos untuk menukar catridge tidaklah murah bagi ibu RM140 untuk 2 catridge black dan color (Mungkin sangat murah bagi yang mampu). Bila guna yang refill, salah masukkan lebih ink maka terus tak boleh guna printer.

Ibu dapat tahu ada cara yang lebih menjimatkan untuk kos ink printer di mana ink nya di pasang di luar dan disalurkan ke dalam catridge. Mampu bertahan lebih 2 kali ganda daripada catridge biasa dan kos untuk memasangnya cuma RM70 termasuk ink


Ibu pun dapat tahu daripada abang ipar sebab dia telah gunakan printer yang dipasang ink di luar ini sudah beberapa bulan dengan penggunaan yang banyak tapi ink masih ada 3/4 penuh. Wah memang jimat, jika gunakan yang biasa mungkin dah berganti catridge dah ni, itu yang ibu dan abah bawa printer untuk diubahsuai macam ni di Tingkat 3, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Lepas ni ibu boleh kurangkan budget ke atas maintenance printer, tak perlu lagi kotorkan tangan untuk masukkan ink yang agak leceh juga tu. Jika yang ini bila ink sudah habis cuma buka penutup bekas dan isikan ink tak perlu nak cucuk-cucuk jarum semua tu, senang kan? Nampak sangat guna ink yang tak ori, hehe

Oh ya ubahsuai ni hanya sesuai untuk printer jenis Canon sahaja, jika HP mereka tak boleh buat. Jika anda seorang yang selalu gunakan printer untuk kerja maka ada baiknya juga diubahsuai begini jika anda tiada budget untuk tukar catridge selalu. Hanya applicable pada yang gunakan printer jenis inkjet Canon, macam student pulak.

Untuk kerja ibu ni printer apa2 pun tidak kisah janji ibu boleh print, scan, copy dan fax sudah cukup. Print pun hanya untuk dokumen sahaja. Sekadar berkongsi mana tahu anda juga perlukannya.

12 comments:

  1. wah...pengetahuan baru nih..bagus dikongsi bersama...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. sangat menarik wan, kat mana tempat tu

    saya memang pakai byk catridge. ye la sekali print beratus2 helai, setiap kali nk buat editing setiap kali tulah kena tukar catridge..;D

    ReplyDelete
  4. MamaYatie,
    saya pun baru tahu, tapi ramai orang yg dah buat :D

    ReplyDelete
  5. Mas guna printer Canon ker? Saya lupa pulak nama kedai tapi di Tingkat Plaza Alam Sentral, kedai yang jual printer dan baiki printer...

    ReplyDelete
  6. saya & hbby mmg dah lama guna modified printer ni.mmg jimat.sebotol ink tu baru rm15.tahan lama...saya guna printer EPSON.

    ReplyDelete
  7. kat Ipoh xde ker yg buat modify camni... kena risik2 gak ni.. kakyong guna printer canon.. la ni dah lama x memprint, x cukup bajet nak beli ink.. kalo ade, adik2 asyik dtg sini utk mencetak.. dah le guna free..

    ReplyDelete
  8. Salam..kedai tu masih ada di Alam Sentral ke?

    ReplyDelete
  9. Maaf soalan Tuan Abdullah Amran tidak dapat dijawab, sudah lama saya tidak ke sana. Naluri saya mengatakan masih ada :)

    ReplyDelete
  10. tu la mahal la catridge ni..saya dok teluk intan..ad ke ye kedai yg buat modified printer ni...

    ibu,nak tnya sikit..lau kite dh modified ni kan..lau kte nak gna catridge biasa pulak nanti boleh ke? ke selamanya kekal macam ni?x bley gna catridge cam biasa tu?

    ReplyDelete
  11. salam.maaf tumpang lalu.pada yg x pasti ada info sedikit sekadar berkongsi ilmu.pada cik asyikin aminudin dan yg lain2..kalau nk kembali pd cartridge asal boleh.sbb modify ink spt ini tidak melibatkan printer.just cartridge tu saja yg diubhsuai.kalau nak kembali pada cartridge asal,cume kna beli cartridge baru jela. :) so printer kita semua tidak ada ape2 calar pun.terima kasih semua

    ReplyDelete
  12. Terima kasih banyak Tuan Ariz Kamaruddin atas komen sekaligus menjawab soalan Cik Puan Asyikin.

    Terima kasih banyak. Saya suka!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails