Seorang bayi perempuan dilahirkan di subuh hening 14 Julai 31 tahun yang lalu, bulan Syaaban 1400 Hijrah. Kelahiran anak ke-8 dari 12 orang adik beradik sudah tentu menggembirakan kedua ibubapanya. Disusukan dengan susu ibunya lebih dari 2 tahun.
Membesar dengan riang sebagai kanak-kanak yang ceria dengan banyak ragam dan karenahnya, dimanja oleh kakak-kakaknya ditimbakan air perigi, digosokkan baju sekolahnya, diboncengkan basikal setiap hari. Makan beramai-ramai masakan ibu yang sentiasa menyelerakannya, kuih talam, lompat tikam, lepat ubi, semua menjadi kegemarannya. Nasi putih dengan ikan goreng atau ikan singgang sudah cukup membuka seleranya.
Kakak-kakaknya seramai 5 orang adalah dunianya, pergi mengaji bersama, mandi sungai bersama, membasuh bersama, menonton tv di rumah Pak Su Mat juga bersama-sama. Dipukul jika ponteng mengaji atau bergaduh juga bersama. Punya ayah dan abang yang tegas dalam soal mendidik, ponteng mengaji kena sebat, ponteng sekolah kena rotan.
Hidupnya sentiasa ceria, menyanyi dan menari adalah hobinya. Agak lasak bermain dan sangat suka berbasikal sehingga jatuh jambatan 3 kali. Panjat pokok jambu sebab nak makan daun pucuk jambu yang sedap manis-manis masam rasanya. Kutip buah sentul bila tiba musimnya, buah rambai, sangat suka dengan buah 'ngeke' yang ditanam di kebun ayahnya. Ikut ayah kutip buah durian gugur, buah manggis dan rambutan bila musim buah.
Seawal usia 13 tahun telah dihantar ke sekolah asrama, mula belajar berdikari. Walaupun seminggu pertama menangis setiap malam, dari situlah berjumpa dengan kawan-kawan yang baik hati. Setiap kali cuti semesta ada saja aktiviti lasak yang disertai, kembara remaja, hiking, merentas hutan dan macam-macam lagi pendek kata cuti sekolah tidak lekat di rumah.
Cita-citanya ingin menjadi doktor bertukar kepada engineer kerana result biologi yang tidak sebaik matematik, kimia dan fizik. Meneruskan pengajian di bandar metropolitan, mula mengenal cinta tapi tidak hanyut dalam dunia cintanya, cita-citanya tetap ingin berjaya dalam pengajiannya.
Menamatkan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan pada 2001, dan mula bekerja sebagai pendidik awal 2002 di sekolah swasta berhampiran rumahnya. Mendapat tawaran bekerja sebagai Pegawai Sistem Maklumat, nekad menamatkan kontrak sebagai pendidik yang penuh dengan dugaan. Selepas 4 tahun, jiwa meronta-ronta inginkan perubahan, membuat kerja sama hampir 4 tahun membuatkan jiwanya merasa gundah-gulana.
Menamatkan zaman gadisnya dengan jejaka yang menambat hatinya pada September 2003, memulakan hidup baru sebagai isteri dan bergelar ibu pada Mei 2005.
Cita-citanya kesampaian apabila ditawarkan jawatan engineer di sebuah syarikat telekomunikasi, tetapi persepsinya berubah apabila memulakan cabang baru dalam hidupnya. Anak-anak dan keluarga adalah segalanya.
Ternyata jawatan yang disandang hanyalah nama yang masih belum memberikan kepuasan buat dirinya. Bekerja sendiri membuka sudut pandangannya lebih jauh dan bertitik tolak dari itu dia mula mengorak langkah yang lebih baik untuk diri dan keluarganya.
Walau banyak onak dan ranjau yang terpaksa ditempuh, sedikit pun tidak akan menggugat semangatnya. Hanya kepada Allah dia berserah dan memohon petunjuk serta dipermudahkan cara. Dan hari ini suatu lembaran baru dalam hidupnya menjadi insan yang lebih matang dan mampu bersaing walau apapun halangan berada di hadapannya, InsyaAllah.
Notakaki: Entry yang banyak 'nya' menyedapkan ayatnya

selamat hari lahir :) semoga bahagia dunia akhirat!
ReplyDeleteterima kasih elissmie!
ReplyDeleteselamat hari lahir wan, sebaya kita rupanya
ReplyDeletesemoga apa yang diimpikan dimakbulkan, dlimpahi kurnia rezeki dan keberkatan dunia dan akhirat
insya-Allah
Selamat Hari Lahir Wan... semoga hidup sentiasa diberkatiNya dunia akhirat dan semoga segala impian akan menjadi kenyataan...
ReplyDeletehappy birthday...moga sentiasa di dalam rahmatNya.
ReplyDeleteMas,
ReplyDeleteterima kasih, sebaya yer kita... patut lar cakap pun ada lebih kurang jerk :D
Ida,
ReplyDeleteterima kasih banyak.... nak tengok baju kurung tak, boleh ke sana (sempat lagi iklan, hehe)
Ieda,
ReplyDeletetq, amin atas doa terima kasih yer
kak wan, selamat mymbut hari tua,...ngeh ngeh..moga pjng umur, murah rezeki (rezeki refer to tambah chyamata..buleh??)smoga smakin sukses dgn bisnes..semakin kaya (buleh rasa tempias2 tak???) hehe
ReplyDeleteamirah,
ReplyDeleteterima kasih banyak2....
amin2, rezeki tambah anak lagi..? hehe nak fokus kerja dulu lar buat masa ni, tapi kalu rezeki dekat nak wat camana...
amirah tu yg kena tambah lagi :D
akak doakan tuk amirah juga yer
seronok baca biografi ringkas hidup akak.. huhu.. tak sangka yer tarikh lahir kita sama...
ReplyDeletesemoga saya pun mempunyai semangat juang yg sama mcm akak.. dan semoga kita sama2 berjaya dlm apa pun yg kita usaha dan cita2kan... insya-Allah..
Itulah pasal...
ReplyDeletekaklong,
selamat hari lahir juga yer, saya doakan yg terbaik untuk kaklong juga... semoga berjaya!
wah hebat..tak setaraf dengan akak..tahniah yer
ReplyDeletetakde aa yg hebat nyer kak ina.... semua sama jer
ReplyDeleteakak lagi hebat dalam blogging :D
penah jadii cikgu.. byk lah pengalaman ni, pelbagai...
ReplyDeletehepi belated besday wan anie...
haah kakyong,
ReplyDeletepengalaman yang tak mungkin saya lupakan dalam hidup, ada cerita di sebalik nya