Skip to main content

Anak Perempuan

Anak lelaki dan anak perempuan memang berbeza dari pelbagai segi, minat kecenderungan, cara perpakaian, pemikiran dan macam-macam lagi.

Walaupun ibu punya anak perempuan, ibu tidak pernah bezakan antara anak perempuan dan lelaki kecuali dari segi berpakaian, itupun aiesyah masih suka memakai seluar dan t-shirt berbanding baju kurung dan dress.

Sebenarnya bukan pasal anak perempuan ibu, entry ni nak cerita anak buah ibu. Biasanya kami bila pulang ke kampung atau dari kampung ke selangor akan singgah di rumah kakak di Kemaman.

Separuh perjalanan, singgah berehat, makan kadang-kadang bermalam dan bertolak awal pagi dengan lebih nyaman dan selesa. Masa kami singgah baru ni, kami bermalam di bilik anak buah darjah 3.

Memang obses dengan barbie dan princess anak buah sorang ni maklumlah anak perempuan pertama selepas 2 orang hero. Sempat ibu snap barang-barang milik anak buah yang kebanyakannya berwarna pink dan ada gambar princess.

Tabung duit

Wallet dan pencil case

Organizer box

Bag

Bag yang digunakan sekarang

Barang-barang make up pun ada, kalah cik alang dia ni

Psssttt..... jangan beritahu anak buah ibu yang cik alang nya snap barang-barang miliknya. Macamana lah dengan anak perempuan ibu nanti, ibu pun takde bag make up semua tu.

Comments

  1. mcm Fathini yg girlish sgt2. Hafizah tak sgt tapi kdg2 terikut2 kakak dia. Semua benda pun nak pink, Barbie dan lip balm kita pun diaorg selalu nak berebut. huhu

    ReplyDelete
  2. brp umur anak buah tu... wah2, sgt girlish & princess-princess lagi..

    ReplyDelete
  3. Nur,
    kat rumah ni takde barbie dan princess semua tu tapi bila dorang ke rumah sepupu jumpa bende2 tu mula lah... dah girl tu girl jugakkan...

    ReplyDelete
  4. kakyong,
    darjah 3 kakyong, dah pandai make up... haritu jumpa kawan anak dia baru umur 4 tahun pun dah terror pakai blusher, eye liner sumer... isk anak2 sekarang...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.