Skip to main content

Bulan Penyusuan Susu Ibu

Susu ibu anugerah yang tidak ternilai kepada makhluk Allah yang berspesis mamalia terutamanya.

Lagikan haiwan punya naluri untuk menyusukan anak mereka tanpa disuruh sesiapa kerana ini adalah naluri dan fitrah semulajadi apalagi manusia yang dikurniakan akal fikiran yang sempurna.

Picture credit from here

Walaupun ini adalah fitrah tidak semua ibu-ibu dapat menyusukan anak mereka dengan sempurna kerana perkara semulajadi kadang tidak datang dengan senang, sama seperti mendidik anak, ibubapa perlu belajar dan mencari ilmu untuk menyempurnakan tanggungjawab ini.

Ibu juga hanya insan biasa yang tidak pernah melengkapkan penyusuan susu ibu untuk 2 anak terdahulu, tapi kali ini ibu nekad berubah untuk berikan yang terbaik. Untuk berubah kita perlu ada 4 perkara;

1. Ilmu
Bagaimana unuk mendapatkan sesuatu jika tiada ilmu, ini paling penting dalam apa jua yang hendak dilakukan.

2. Mindset
Teruskan dengan fikiran yang positif, untuk mencapai sesuatu yang dihajati

3. Usaha
Yang senang takkan datang bergolek kena usaha, usaha dan usaha

4. Kreatif
Perlu juga kreativiti dalam melakukan sesuatu, sebab ada perkara yang kita tidak boleh sekadar ikut-ikut orang, buat dengan cara kita sendiri

Suka duka dalam menyusukan anak hanya yang mengalaminya sahaja yang tahu. Ketika mula-mula bergelar ibu hendak keluarkan setitis susu menangis mengalir air mata sebab luka bila bayi menghisap dengan kuat. Malam-malam tidur selalu terganggu kerana bangun menyusukan anak setiap 2-3 jam sekali, bertambah-tambah ujian bila sudah mula bekerja, jika tidak dapat rehat dan makanan secukupnya boleh pengsan seorang ibu.

Ibu tidak pandai menyusu dengan posisi berbaring, atau mengiring semasa anak pertama dan kedua. Bila anak hendak susu ibu bangun duduk di birai katil, beralaskan bantal di atas ribaan, ibu susukan anak. Akibat terlalu mengantuk pernah sekali berlaku kejadian yang ibu takkan lupakan sehingga ke saat ini dan ibu masih salahkan diri ibu sendiri. Bayi seusia 2 minggu jatuh dari ribaan ibu ke lantai, semuanya kerana kecuaian ibu yang tidak dapat menahan mengantuk sehingga terlepas bayi dari genggaman. Alhamdulillah tidak ada apa2 yang berlaku, syukur ya Allah.

Ibu teruskan dengan aktiviti mengepam walaupun hasilnya hanya setakat ini



Ibu simpan stok ebm walaupun hanya berbaki beberapa botol


Tidak kira apa jua yang anda lakukan demi kerana anak, sesungguhnya ianya sangat bernilai sehingga tiada nialaian yang boleh diberikan. Teruskan usaha dan perjuangan semoga dengan niat yang baik ianya dipermudahkan oleh Allah.

Sempena bulan penyusuan susu ibu, ibu dapat kad ini daripada ummumishkah, terima kasih banyak-banyak, dan kepada anda semua yang sedang menyusukan anak, dalam proses untuk menyusukan anak, telah menyusukan anak atau ingin mneyusukan tetapi menghadapi halangan atau dugaan tertentu, ibu tujukan kad ini khas untuk anda semua.

Comments

  1. sungguh terharu baca entri ini.. pastinya setiap titik susu kita akan di nilai oleh Allah!

    ReplyDelete
  2. Sebab itu Allah janjikan ganjaran yang sangat besar

    ReplyDelete
  3. wan anie,
    kakyong dulu masa fikri & anis pun x reti menysu sambil baring.. dgn aliya plak lepas aliya dah umur 9 bulan baru selesa nyusu sambil baring... :)

    apa2 pun all the best utk umar... semoga rezeki susu ibu utk umar melimpah ruah...

    ReplyDelete
  4. kakyong,
    terima kasih banyak atas doa, saya jua mendoakan yg terbaik utk anak2... utk kakyong juga

    ReplyDelete
  5. Tahniah sis. Saya juga sedang gigih menyusukan anak saya. Jemput singgah ke blog saya ye.. :)
    http://mommyrafa.blogspot.com/2014/10/faktor-faktor-susu-merundum.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...