Aug 31, 2010

CD Rosak

Selamat bercuti kepada semua, pada yang kena kerja, dipaksa kerja atau on stand-by selamat menjalankan tugas.

Biasanya kita duk dengar orang cerita pasal CD baru, CD cantik, pelbagai warna dan design, pelbagai jenama dengan harga yang berbeza-beza. Hari ni ibu nak kongsi pasal CD rosak pula.

Bukan CD=Compact Disc rosak sehingga sakit telinga dengar tapi CD=Cloth Diaper rosak yang tidak boleh digunakan lagi. Ini antara cd yang ibu beli masa awal penggunaan cd ketika Aiesyah kecil dulu.

Kebanyakan cd yang tidak tahan lasak ini diperbuat dari material cotton. Sebab itu sekarang ibu lebih suka cd yang bahagian luarnya diperbuat daripada polyester sahaja, mudah dijaga dan tahan lasak, yang penting tidak mudah koyak.

Mari tengok koleksi cd rosak ibu;

Cd-cd ini sudah tidak dikeluarkan lagi sekarang, jika adapun telah diubahsuai

Ini pula yang jenis velcro, sebab itu sekarang ini ibu lebih gemar dengan snap button dan cd yang ibu jual semuanya jenis snap button jika anda perasan. Snap button adalah jenis easy wash, senang dicuci tidak banyak songeh kena masukkan dalam laundry bag bagai, ibu tak guna laundry bag bila basuh cd, main masuk macam tu jer.

Velcro yang sudah haus

Penggunaan cd yang kerap (setiap masa dan setiap hari) menyebabkan cd-cd ini dibasuh 2-3 kali seminggu, jika sebulan cd telah dicuci sehingga 8 kali atau setahun hampir 100 kali, wow, patutlah velcro boleh tercabut begini selepas 2 tahun penggunaan, atau hemp insert yang sudah lunyai begini.

Telah didowngrade kepada kain lap

CD yang tahan lasak masih boleh digunakan selepas 3 tahun lebih banyak berbanding cd rosak, masih berbaloi-baloi. Cd yang rosak adalah dalam 8 helai, cd yang masih elok berbelas-belas lagi plus 4 helai yang ibu beli tahun ini jadi jumlah semuanya dalam 20++. Insert microfiber antara yang tahan, semuanya masih boleh digunakan sehingga sekarang.

Kebanyakan cd yang rosak ini adalah yang terawal pengeluarannya, sekarang ianya telah diupgrade kepada material yang lebih tahan. Apa nak buat dengan cd yang telah rosak yer, nak dibuang terasa sayang lah pula. Jika pandai menjahit dan ubahsuai boleh gunakan material dalamnya yang masih elok, atau gantikan velcro dengan snap button baru.

Ada tak cd anak anda yang telah rosak?

7 comments:

  1. nanti boleh wat n3 pasal mana ciri2 cd yg tahan lasak plak..hihi

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi tgk cd rosak sampai jd camtu.. hihi.. tp berbaloi la tu pakai sampai 'lebu'.. hehe...

    ReplyDelete
  3. wan anie,
    kalo CD kebur selepas 2 tahun.. kira berbaloi sgt tu.. kakyong ni kena tunggu 1 tahun lagi, baru tahu ketahanan CD yg sedang guna nih..

    skrg ni hanya aliya yg pakai CD, so tak basuh hari2 dah.. selang sehari baru basuh.. so dlm sebulan 1 CD akan dibasuh sbyk 7-8 kali.. kalo dulu double la..

    ReplyDelete
  4. Yatie,
    cd sumer InsyaAllah tahan lasak, jangan diclorox bleach udah.... hehe, tengok penggunaan jugak

    ReplyDelete
  5. kaklong,
    memang berbaloi2, tapi masih simpan tu sebab nak buang sayang.... huhu

    ReplyDelete
  6. Kakyong,
    cd dulu tak sama macam yg sekarang...

    version lama peringkat percubaan, sekarang dah upgrade, walaupun hancur dan lebu nilai sentimental ada disitu sebab kenangan pertama bercd

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails