Skip to main content

Courier Services

Sekejap jer hari ni sudah masuk hari ke-4 kita semua berpuasa, semoga semua urusan berjalan lancar hari ni.

Emm, anak ibu Hakim pun dah mula puasa hari ni, bangun temankan abahnya sahur tapi tak makan nasi pun, makan roti cicah koko radix jer. Ikut abah ke surau untuk solat Subuh, berehat mandi dan pakai jubah putih siap dengan kopiah.

Alahai anak ibu dah macam Tuan Haji Muda ibu tengok, mungkin kerana bosan, terus jer tertidur dari jam 9 lebih tadi bangun hampir pukul 12 tgh. Main dengan adik-adik kemudian mintak nak makan roti dengan air koko radix lagi jam 2 tadi.

Cubaan pertama berpuasa sehingga jam 2 petang, ok lah tu hakim.

Pasal Courier Services, ramai anda ni yang terlibat dengan perniagaan online kan, courier service mana yang anda gunakan? Paling murah dan bagus service nya.

Ibu tengah duk survey ni sebab ingat lepas ni nak mintak collect di rumah senang sikit, dapat sampul plastik dan dah siap ditulis nama syarikat dan alamat. Jimat masa dan tenaga.


Antara yang ibu duk tanya Skynet, GDEX, Poslaju, SkyLine, kebanyakan charge lebih kurang sama sahaja, ibu masih mencari yang terbaik cost effective & good service antara kesemuanya supaya ibu senang, pelanggan pun puas hati.

Untuk Skynet, bila dah masuk service charge, fuel charge dan handling charge lebih kurang RM7.67. Ada kawasan yang charge sehingga RM16 sebab jauh dari bandar. GDEX pun lebih kurang sama juga. Poslaju dan SkyLine belum tanya betul-betul lagi.


Biasanya Courier Service ni akan letak rate based on weight and location.

Yang mana satu yer..... Poslaju, Skynet, Gdex, SkyLine......... ? Apa lagi?

Comments

  1. Saya suka Kangaroo sbb murah :P (saya kan kedukut!)

    Tapi ada certain tempat susah sikitlah nak sampai...tapi sllnya saya akan bincang dgn customer dulu :)

    ReplyDelete
  2. ye ke pija,

    nampaknya akak kena pi tanya juga kangaroo ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...