Skip to main content

En. Nuffnang Lebih Suka Blog Peribadi

Ini adalah berdasarkan pengalaman ibu sendiri, mungkin lain orang lain pula penilaiannya, terserah.

Ibu mula kenali Nuffnang dengan BlogShop sebab memang itupun blog yang mula-mula. Hampir 7 bulan kemudian barulah ibu buat satu lagi blog yang berbentuk peribadi ini. Niat asalnya dulu hanya untuk menceritakan dengan lebih lanjut barangan yang dijual di BlogShop tetapi bertukar kepada lebih peribadi pula.

Jika hendak dibandingkang dari segi traffic, jumlah unique visitor bagi blogshop adalah berganda-ganda daripada blog ini, tetapi untuk BE blogshop jarang sekali dapat CTR bonus. Berlainan dengan blog ini yang punya visitor yang malu untuk ibu beritahu kalian tapi selalu mendapat extra income melalui CTR Bonus.

Ibu berpendapat bahawa En. Nuffnang memang lebih menyukai blog bersifat peribadi yang anda boleh ceritakan tentang apa sahaja daripada blog menjual barang yang terhad entrynya berkaitan barangan yang dijual sahaja.

Takkan lah ibu nak cerita pasal puasa pula di blogshop kan? Tidak sesuai rasanya, jadi lebih baik di sini menjadi mediumnya.

Walau apapun blog pilihan En. Nuffnang kita, terima kasih kerana beri kita peluang jana pendapatan tanpa sebarang modal.

Comments

  1. advertiser yang pilih kot..maybe sebab blog peribadi banyak benda boleh diiklankan..secara general...apa2 terima kasih kepada mereka..hihih

    ReplyDelete
  2. ermm betul la tuh..
    sbb kat blog peribadi kite bebas nak berblog tentang ape saje..
    tp blogshop entrinye terhad..

    ReplyDelete
  3. mungkin juga kot, apa-apa pun, memang seronok berblogging

    Kesalahan Bulan Ramadan

    ReplyDelete
  4. salam, betul la tu...
    tapi satu lagi mr nuff ni tak suka kot share dengan ads lain... bila ada share jer... terus hilang BE

    ReplyDelete
  5. mungkin juga, sebab blog peribadi audien dia pelbagai, kalau blogshop terhad kepada buyer kita je..

    btw, modal kita, berceloteh dlm blog tu lah kot hehehe..

    ReplyDelete
  6. KancilBiru,
    betul...3x, macam2 bende boleh cerita... memang kena terima kasih sebab bagi kita peluang

    ReplyDelete
  7. Sharinginfoz,
    Seronok jika ramai yg dtg jika tidak kita perasan sendiri jer lah... :D

    ReplyDelete
  8. yangbaik,
    haah... saya cuma setia dengan nuffnang dan adsense sahaja setakat ni, amazon is a part of google jugak

    ReplyDelete
  9. CatlinaFly,
    lebih bagus blog peribadi kan, takyah kuar modal... modal fikir jer kan... tapi bole untung....

    ReplyDelete
  10. maybe sebab blog peribadi skopnya lebih meluas..

    ReplyDelete
  11. asal boleh berblog sambil jana income...

    blog pribadi kan kerap di update & lebih ramai visitor..

    ReplyDelete
  12. salam wan...

    saya baru je mula belajar berblog ni... seronok tgk wan n kengkawan lain dpt cek dr nuff.... x sabar nak tunggu turn saya plak... :-)

    ReplyDelete
  13. nieda,
    betul macam2 skop yg boleh kita buatkan

    ReplyDelete
  14. Kakyong,
    Blogshop saya pun sentiasa udate dan visitor yg jauh lebih tinggi dari blog peribadi ....

    kakyong mesti lagi ramai visitor kan

    ReplyDelete
  15. laman Alia,

    sabar, tunggu akan tiba masanya nanti ida

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.