Skip to main content

Teringin Nak Pakai Abaya

Bismillah

Abaya sudah semakin popular di Malaysia sekarang, jika dulu ibu hanya tahu abaya ini adalah jubah besar seperti baju kaftan yang berwarna hitam dan terbelah di depan, rupanya ini maksud abaya mengikut Wikipedia;

The abaya is long overgarment essentially a robe-like dress, worn by some women in parts of the Islamic world. Traditional abaya are black and may be either a large square of fabric draped from the shoulders or head or a long caftan. The abaya covers the whole body except the face, feet and hands. It can be worn with the niqab, a face covering except eyes. Some woman choose to wear long black gloves, so their hand are covered as well.
Sekarang ini abaya tidak lagi hanya berwarna hitam, ada juga yang telah dimodenkan menggunakan material denim. Abaya bukan suatu yang luarbiasa bagi ibu kerana semasa cuti sekolah rendah, ibu dihantar ke sekolah pondok untuk belajar agama oleh ayah dan di sana ibu kenali umi yang sentiasa mengenakan abaya hitam, niqab dan sarung tangan.

Melihatkan pelbagai design yang ada, ibu memang teringin hendak mencuba abaya, tetapi melihatkan harganya yang beratus, gerun juga rasanya.

Mungkin sekarang ini sudah biasa, RM100 hanya untuk sehelai baju atau hanya untuk sehelai tudung sahaja. Apa beza jubah dan abaya? Ibu rasa sama sahaja, bahasa orang kita memanggil dengan panggilan jubah jika baju labuh sampai ke kaki dan berlengan panjang.

Ibu suka dengan design yang simple dan punya cuff di tangan seperti ini, nampak kemas bila di pakai.

Source from Abaya Elegan

Cuma ibu tidak tahu di bahagian dadanya itu boleh dibuka atau tidak nampak seperti terbelah. Ibu yang menyusu memang sentiasa mencari pakaian yang sesuai dan selesa menyusukan anak di mana sahaja, dan juga masih boleh dipakai walaupun sudah tidak menyusu.

Macam yang ini sangatlah cantik;

Source from here

Cuma bab tangan kalu macam tu ibu rasa kurang sesuai dengan ibu yang beranak kecil ini, jika dipakai hanya ke event tertentu memang sangatlah cantik, kalu makan guna lengan yang macam ni takut tersapu makanan sekali pulak

Ibu suka stail begini, masih inginkan hujung lengan ada cuff dan belahan yang boleh dibuka. Jika ada sehelai yang begini sudah tentu senang bila hendak keluar rumah jika emergency, sarungkan jer.

Ini sangat sesuai untuk ibu yang menyusu lebih cantik jika ada warna sedikit, nampak terlalu kosong dengan warna hitam senada semuanya, jika pandai kenakan tudung pasti menarik juga. Yang belah kanan tu cantikkan? Tidak tahulah belahan di depan dijahit rapat atau boleh dibuka, pilihan ibu sudah tentu yang boleh dibuka.

Ibu tidak pandai sangat berfashion, pakai ikut mana yang ada dan yang rasa ok di mata sendiri, jika ibu berabaya begini ok ker dengan ketinggian yang kurang melepasi tahap minimum ini, hehe

Anda suka pakai abaya, kenapa dan yang bagaimana anda suka?

Comments

  1. Salam kak..
    Idah suka sgt abaya.antaranya sbb warna hitam, design ada pelbagai tapi idah suka yg simple.bila pakai idah rasa selesa dan confident.lg satu mmg itu pakaian idah..:) byk lagi nak tulis...insya ALLAH nnt leh share2...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum wan.

    tak sangka pengaruh abaya sudah sampai ke sini. terima kasih ya sebab berkenan dengan abaya zarin dan abaya samierah yang kakchik jual tu. abaya zarin tu belah depan jadi sangatlah sesuai untuk ibu menyusu. material di bahgn lengannya jenis spandex yg sejuk. hampir serupa dgn jenis kain tudung segera. pakai abaya senang sebab bila nak ke mana2 kalau nak cepat hanya perlu sarung saja dan baju sedia ada pun tak perlu tukar tapi terserahlah kan.

    ReplyDelete
  3. betul kata kak chik.mmg mudha pakai abaya ataupun jubah.sarungkan aje.buat akk wan anie yg baru nak berjinak2 pakai abaya dan jubah,bleh pilih mengikut keselesaan ye.idha pun suka yang ada butang depan.senang nak menuyuskan baby.Akk selamat berabaya ye.

    ReplyDelete
  4. wah.. raya kali ni bergaya dgn abaya lah yer...
    kakyong ade plan nak jahit abaya sendiri... hehhee... tp kena tunggu modal utk cari kain yg sesuai & juga plan utk style camana....

    ReplyDelete
  5. wan anie, kat dubai mmg i pakai abaya je most of the time pegi shopping mall pun. sbb senang & selesa. yg belah kat depan mmg senang utk bf.

    dulu2 few years back, sblom ke dubai, ade abah penah belikan abaya bila dia buat umrah, tapi xpenah pakai di msia sbb mcm xbiase lagi.

    skang ni kat msia dah biase dah org pakai abaya ye :)

    ReplyDelete
  6. hari tu masa reunion xSMAASZA, bunyinya ramai yg nak kirim abaya dubai daripada zahari aka megi.apa cite ntah la..zahari pun dah balik ms'ia.

    ReplyDelete
  7. Idah,
    akak tau idah memang pakai abaya... idah pun jual kan? mmmm akak ni pakai jugak jubah ada 2-3 lai jer, tapi semuanya tak mesra menyusu...

    ReplyDelete
  8. kakchik,
    saya memang berkenan dengan abaya zarin tu... jika memang sesuai utk ibu menyusu seperti saya ni... skang xde stok kan kakchik, jika ada nanti kena tengok poket jugak ada stok ke tak... hehe

    ReplyDelete
  9. kakyong,
    tempah dengan kakyong jugak boleh? saya x sempat beli kut raya ni sebab budget raya cukup2 jer, baju melayu hakim pun belum beli lagi kakyong :D

    ReplyDelete
  10. Syiqim,
    mesti banyak pilihan kalu beli kat dubai kan.... tunggu mak balik umrah ni lar baru merasa nampaknya...

    ReplyDelete
  11. MamaYatie,
    wah tak tahu pun megi pegi dubai... tiba2 teringat mee megi pulak :D

    ReplyDelete
  12. wan anie,
    abaya ni projek jangka pjg.. mungkin tak sempat utk raya ni... heheh... seram bulu tengkuk bila ade yg nak menempah.. ;)

    ReplyDelete
  13. wan anie,
    hari tu megi 1thn keja kat dubai..masa reunion tu dia balik cuti..tp bulan 7 br ni dia dah balik m'sia terus..

    ReplyDelete
  14. oo... macam tu ker, hehe ketinggalan keretapi sungguh saya ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.