Skip to main content

Bayi diletak Dalam Paper Bag Tepi Jalan dan Masih Hidup

Ibu mendapat gambar-gambar ini daripada teman facebook, ada kawan fb nya yang ada di tempat kejadian dan snap gambar-gambar ini.

Bayi lelaki ini dipercayai baru sahaja dilahirkan melihatkan kepada keadaan tali pusat dan uri yang masih merah, masih terdapat kesan darah di badan bayi tersebut.

Sangat terharu dan sedih dengan nasib bayi yang sangat comel ini, tidak logik rasanya ibunya meninggalkan bayinya seorang diri dalam paper bag yang telah lusuh di tepi jalan dengan hanya berbalut sehelai kain. Ibu tidak pasti adakah bayi lelaki ini telah diazankan selepas kelahirannya aau tidak, kelihatan seperti wajah kaum sebangsa ibu sendiri.

Anda lihatlah sendiri gambar-gambar ini;

Bayi bersama urinya ditinggalkan di dalam paper bag dan digantung dipapan tanda 'BERI LALUAN' ini

Bayi lelaki yang masih bernyawa ini dibalut dengan selimut putih yang bersih, selepas dipotong tali pusat dan dibersihkan

Tali pusat yang masih baru dengan kesan darah pada badan bayi

Comelkan bayi ni? Tergamak ibu yang melahirkannya meninggalkan bayi sekecil ini seorang diri di tepi jalan

Pegawai Kesihatan yang sampai memeriksa keadaan bayi dan memotong tali pusat serta membersihkan badan bayi ini.

Bagaimana hendak mengawal gejala maksiat, zina, mengandung luar nikah dan buang bayi ini? Apakah peranan yang boleh kita lakukan?

Comments

  1. mengalir air mata nie melihat keadaan baby yang tidak tahu erti apa2 lagi....mmg kurang ajor betul betina nie....kalaulaa saya dpt betina tu...mmg rodok jerr perut dier dgn pisau...

    ReplyDelete
  2. sian nya baby ni. sedih rasanya kalau dia tau ibu dia tinggalkan diia macam tu kan. si ibu tu kalau dah tau mengandung asal tak gugurkan je kandungan tu kalau dah tau bila lahir nak buang baby tu. sanggup pulak dia kendong perot yang membulat tu kesana kemari tapi akhirnya bila dah lahirkan dibuangnya baby ni. geram betul!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. subahanallah..comel nye baby boy tu.. sanggup diorg buang baby secomel ni...dah tak der perasaan agaknya...

    ReplyDelete
  5. comel sgt baby tu..kenapa la sanggup buat mcam ni sekali..Ya Allah moga Kau lindungi bayi tak berdosa ni.

    ReplyDelete
  6. Setiap kali aku nengok baby comel kene buang rase mcm nk bela je. tapi duit cukup makan camane nk bela anak orang..

    Org2 yg buang anak ni, dia x pikir ke ape nasib dia kalo mak bapak dia buang dia or tanam je dia terus waktu dia br lahir dulu? or diorg ni xpenah kecik pon, tup2 ade kat dunia ni dh besar?
    Aku rasa binatang2 dlm dunia ni semua mengumpat manusia sbb sanggup buang anak sndiri padahal diorg yg xde otak pun tau sayang anak. Kalo menatang2 ni tau pepatah, mesti diorang ganti pepatah "bagai kacang lupakan kulit" jadik "bagai mak manusia lupakan anak", "haruan makan anak" jadik "manusia buang anak"

    Padan muka kita manusia! Ada otak xnk pikir, ada petunjuk xnk pegang, ada agama xnk budayakan. Same la kita semua.

    ps- mod jgn la delete, penat saya taip nih.

    ReplyDelete
  7. hukum bunuh je diorang ni, ngandung sampai 9 bulan boleh pulak tapi dah beranak tak ke diorang tgk muka anak yg tak bersalah tu, tak ada rasa perikemanusiaan ke

    ReplyDelete
  8. memang bengong lah mak dia

    tp yang peliknya, mudah benar depa ni bersalin..

    kita bukan main lagi jaga kandungan dan proses bersalin tu..

    alahai

    ReplyDelete
  9. Ya Allah, nak menangis rasanye tgk anak tu mcm tuh.. kesian nyeeee... yan rasa budak tuh tgh sejuk gaknye nk tunggu pemeriksa kesihatan tu potong urinya tepi jln jer...

    Smlm lak kat fb gak ade kwn postkan video org GUGURKAN KANDUNGAN... MasyaAllah... lg sedih tgk nye... janin tu dah ade sifat, jarinye sebesar jari kelengkeng kta, kepala nye besar duit syiling.. lg sedih tgk waktu proses menggugurkan nye.. masyaAllah, rela dibiarkan org menjolok buang janin dari melahirkan anak tu.. Astaghfirullah.. Allah saje yg membalas nye....

    ReplyDelete
  10. kesiannya bb tur..tak baik betul wat dia gitu..huhu..

    herankan,sampai hati ibu dia buang walaupun dah usung 9bln..takder perasaaan agaknya

    p/s: nak baby boy jugak..huhu..

    ReplyDelete
  11. Allahu Akbar, sayang nyer baby ni. kalu dpt kat aida, memang aida bw balik jer... hi hi...

    ReplyDelete
  12. terima kash atas komen anda semua... nampaknya ramai yang berbaur emosi... masalah tidak selesai dengan beremosi kena hadapi dengan matang...

    mungkin kena tangani dari diri sendiri dahulu, keluarga, masyarakat, pemimpin dan semua golongan....

    mencegah lebih baik dari mengubati seperti yang Allah larang kena tinggalkan.

    Jauhkan dari zina...

    ReplyDelete
  13. sayu baca entry ni..bayi yg tak berdosa jadi mangsa... :-(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...