Skip to main content

Cara Ibu Boost Motivasi Diri

Hidup ini perlu kepada motivasi, yer sangat-sangat perlu. Jika ada saat-saat getir atau merasa 'down' biarlah cuma 5-10 minit sahaja, lupakan sebab dunia ini masih banyak lagi perkara yang perlu difikirkan.

Ibu gemar membaca untuk 'up' motivasi dalam diri, tidak mahu perkara yang biasa menjadi tabiat yang semakin sukar untuk dihindari. Antara buku motivasi diri yang ibu ada Dare To Fail, Formula Individu Cemerlang, Minda Super, La Tahzan atau Jangan Bersedih dan banyak lagi. Jika dulu ibu suka baca buku tulisan Dr. HM Tuah banyak juga yang ada dalam simpanan semua tersimpan dalam kotak, ibu nak susun koleksi buku-buku ini elok-elok di rak rumah baru nanti.

Semalam ibu sempat beli 3 lagi buku motivasi diri ini;

 

Dengan membaca ibu boleh dapat maklumat dan kembali positif, ibu pegang kepada kata-kata;

'Kita boleh lakukan sesuatu jika minda berkata boleh walaupun ianya mustahil'
Sebenarnya tiada yang mustahil jika kita betul-betul berkehendak kepadanya.

Jika dahulu, besi yang berat bertan-tan boleh terbang ke udara dikatakan suatu yang gila, tapi tidak sekarang. Memang sukar untuk melakukan perkara yang di luar kebiasaan kerana ianya bukan tabiat. Mana mungkin Islam sampai ke serata dunia sekarang tanpa usaha keras Rasulullah S.A.W kerana Al-Quran hanya diwahyukan kepada baginda Rasulullah sahaja.

Jika Rasulullah hanya berada di rumah dan menunggu hanya yang berminat datang untuk memeluk Islam, mustahil Islam akan berkembang seperti sekarang.

Sekadar berkongsi kerana orang yang berjaya dalam hidupnya adalah mereka yang percaya bahawa mereka boleh berjaya. Jika ditanya kepada Jutawan hebat sekarang, adakah mereka ingin menjadi jutawan suatu ketika dahulu atau wang berjuta itu datang dengan sendiri tanpa berbuat apa-apa?

Kita adalah manusia hebat!

Comments

  1. sy pun suka baca buku2 motivasi. cuma skrg dah lama tak baca yg baru.

    ReplyDelete
  2. buku2 motivasi ni memang penting.. kakyong la ni buku2 dok bersusun je elok dlm lemari.. tuannyer ntah bila nak ulang baca... hehhehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...