Skip to main content

Lemang Paling Best: Lemang Kijal

Lain orang lain citarasa kan? Bagi ibu yang tidak pernah buat lemang sendiri cuma makan lemang tunjuk-tunjuk inilah lemang yang plaing best ibu pernah makan, Lemang Kijal.

Jika ke Terengganu melalui Lebuhraya LPT dan Kuantan selepas Bandar Chukai sebelum Kerteh anda mesti jumpa deretan gerai menjual lemang di kiri kanan jalan.

Lemang Kijal ini memang dah terkenal serata pelusuk Malaysia rasanya, lemak-lemak Lemang Kijal memang tiada tandingan dengan lemang yang pernah ibu beli di Selangor & Kuala Lumpur ni. Gambar ibu ambil dari Hanieliza sebab waktu ibu singgah tak sempat ambil gambar pun dah nak malam waktu tu.


Balik ke Selangor selepas seminggu cuti raya, ibu memang plan lalu Terengganu, Kuantan sebab nak singgah beli lemang kat Kijal. Ada yang 3 batang RM10, 4 batang RM10, 2 batang RM10 ikut besar lemang tersebut. Ibu suka makan yang kecil aje dan suka bahagian lemak atas lemang tu. Ini mungkin harga musim perayaan, jika hari biasa mungkin 5 atau 6 batang RM10 pun boleh dapat kut.

Abah suka makan lemang dengan susu, ibu suka makan dengan rendang atau serunding, anak-anak makan macam tu jer. Lemang kalau dah sedap, makan macam tu jer pun sedap.

Anda suka lemang? Pernah makan Lemang Kijal tak? Lemang apa yang paling best pernah makan?

Comments

  1. makan dgn susu?ye ke kak?sedap ke agaknya ek...kena cuba baru tau kan

    ReplyDelete
  2. first time dgr makan lemang ngan susu!

    br lepas rebus lemang instant. kat dubai ni kena guna ape yg ade je! :)

    ReplyDelete
  3. suka lemang dgn rendang. rendang kami yg dibeli masa raya basi. tak sempat nak merasa. huhu

    ReplyDelete
  4. saya duk kemamn cni,tapi x penah beli n rasa lemang kijal ni..sedap eh??
    nak kena cuba ni..heee

    ReplyDelete
  5. Amirah,
    memang husband akak suka makan lemang dengan susu pekat manis tu... akak tak berapa suka sangat

    ReplyDelete
  6. Syigim,
    dah balik dubai ker...? nak kirim abayat boleh? hehe

    saya ingat ada jugak org lain makan dengan susu rupanya husband saya jer suka buat macam tu

    ReplyDelete
  7. Nur,
    abang yang duk kerteh wak balik banyak lemang dari kijal, kami kat rumah buat rendang daging....

    ReplyDelete
  8. Masrina,
    apa kabar? selamat berkenalan.... la yeke, saya tahu sebab abang yg duk kerteh selalu wat balik.... sedap!

    ReplyDelete
  9. kalo di tempat kakyong ni lemang tanjung (di Tg Rambutan) la.. lemang comel2.. sedap..
    lagipun kawan suami yg niaga..

    ReplyDelete
  10. saya pun kalo makan lemang suka part atas tur..skrg kalo kat kg (perak), mak dah reserved siap2 part atas tuk saya...hihi

    ReplyDelete
  11. saya pun kalo makan lemang suka part atas tur..skrg kalo kat kg (perak), mak dah reserved siap2 part atas tuk saya...hihi

    ReplyDelete
  12. Ada x sapa2 tau resepi rendang daging yg jual kat gerai2 lemang kijal tu.mohon share

    ReplyDelete
  13. Ada x sapa2 tau resepi rendang daging yg jual kat gerai2 lemang kijal tu.mohon share

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.