Skip to main content

Sejak Bila Anda Pandai Melukis?

Ibu yang tidak pandai melukis, buat lukisan orang lidi pun bila dah sekolah tadika, lukis pokok bila masuk sekolah rendah, apalagi dengan lukisan rumah, sungai, sawah padi dan burung serta matahari yang nampak separuh berselindung di sebalik bukit/gunung.

Entah kenapa bila diingat balik, kebanyakan lukisan yang cikgu minta mesti ibu lukis rumah, sungai dan pokok kelapa adalah pakej yang datang sekali dalam lukisan. Bila lukis ayam itik memang pelik sangat sebab tidak pandai hendak lukis binatang kecuali ikan dan ular.

Supaya anda semua senang hendak berimaginasi maka ibu lukis draft ini untuk tatapan anda.


Tapi sayangnya tiada satu pun lukisan yang lukis masa kecil dahulu disimpan untuk kenangan. Semasa Tingkatan 3, cikgu pernah minta kami lukiskan rumah masing-masing dan cikgu puji lukisan ibu cantik, ibu masih terbayang-bayang lukisan tersebut tapi sayangnya entah di mana lukisan itu sekarang.

Supaya apa yang berlaku pada ibu tidak berlaku pada anak-anak maka ibu ambil gambar lukisan orang pertama yang dilukis Aiesyah. Kagum sebenarnya dengan anak 3 tahun ini sudah pandai melukis ibu dan abah siap dengan mata, mulut, badan dan kaki.


Lukisan hadiah ulangtahun perkahwinan ibu abahnya yang ke-7, dilukis menggunakan magic pen di lantai rumah.

Aiesyah agak terkejut bila ibu datang hampir, bila tengok lukisan ini ibu terus senyum (tak jadi marah) dan tanya, apa aiesyah lukis tu?

"Ini abah ngan ibu, yang gemuk ni abah, yang kurus tu ibu"

Siap dengan kaki tu, ini first time ibu lihat aiesyah lukis sebegini cantik, biarlah ibu simpan buat kenangan aiesyah bila besar nanti

Comments

  1. hahaha.. comel.. fikri pandai lukis org lidi jer..
    anis belum tunjuk minat melukis org.. dia suka lukis titik titik.. kalo tanya.. dia akan ckp bintang.. sbb bintang di langit nampak titik2.. kalo kita lukis bintang yg bersegi2 tu.. dia akan ckp itu bukan bintang.... huhuuu....

    ReplyDelete
  2. hehehe..ayah aiesyah ada janggut ek kak.?nmpk mcm ada janggut dia lukis ni..hihi..wajib simpan ni..bila besar mesti dia pun gelak tgk gmbr ni..

    ReplyDelete
  3. kakyong,
    kanak-kanak ni melukis dengan berimaginasi sendiri macam-macam yang diorang lukis yang tak tergambar oleh kita....

    ReplyDelete
  4. amirah,
    haah betul tepat sekali, kelakar kan aiesyah ni....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...