Sep 30, 2010

Set Mewarna Hello Kitty & SpongeBob

Sekejap saja masa berlalu, hari ni sudah hari Khamis 30 Sept 2010 bersamaan 20 Syawal 1431H.

Hello Kitty dan SpongeBob watak kartun yang digemari kanak-kanak termasuk lah anak-anak ibu terutama Aiesyah. Anak-anak sudah tentu lah seronok jika dapat mewarna Hello Kitty atau SpongeBob mengikut kreativiti mereka.

Ibu nak cerita tentang set mewarna ini, sekarang cuma ada Hello Kitty dan SpongeBob sahaja.


Set mewarna ini 2 berus, 10 jenis warna yang boleh dipilih, sekeping lukisan dan kayu penyokong. Lukisan ada 3 size yang ini paling kecil, ukuran sekeping poskad.

Bagi anak yang seusia Aiesyah, ibu boleh minta dia padankan nombor warna dengan nombor yang terdapat pada lukisan. Bukan sahaja dapat mengenal nombor yang sama tapi anak juga boleh berlatih menggunakan kemahiran tangan. Anak yang selalu mewarna, menulis, bermain pasir, atau apa sahaja yang menggunakan jari-jemari dapat membina daya kreativiti mereka. Untuk anak yang sudah besar, mereka boleh mewarna mengikut kesesuaian dan warna yang mereka gemar.

Lukisan SpongeBob yang sudah siap diwarnakan;


Bila dah siap warna letak atas kayu tu dan boleh buat perhiasan dalam bilik anak-anak, letak kat dinding pun boleh juga.

Jika ada yang nak cuba untuk anak boleh email ibu di comellote.corner[at]gmail.com sebab stok yang ada tak banyak. Ibu belum publish kat blogshop dan shopping cart ibu pun lagi.

4 comments:

  1. bestnya ni kak wan..tapi jenuh nak tggu ahmad besar baru reti nak mengaler

    ReplyDelete
  2. Iza,
    Harganya kurang 10 sen 20 ringgit.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails