Skip to main content

Tart Nenas Paling Sedap di Alam Semesta

Kuih yang wajib rasa bila tiba raya ni mestilah Kuih Tart, tapi ibu belum jumpa lagi kuih tart yang sedap tahun ini. Tahun lepas beli tart tak ngam dengan mulut ibu ni. Ibu suka yang keras sedikit (tidak mudah pecah dan terus lebur bila masuk mulut) dan jem nenasnya yang asli.

Kebanyakan tart sekarang terlalu rapuh, memang tidak kena dengan tekak ibu ni, mana yer nak cari tart yang betul2 traditional.

Haritu pergi ke Mydin terjumpa tart nenas bulat, nampak macam sedap sebab jemnya yang banyak, walaupun tidaklah comel tapi ibu nak cuba. Lebih kurang begini rupanya, gambar ini ibu amik from google sebab gambar yang ibu snap entah di mana tak jumpa.


Emm boleh tahan juga rasanya, yang level atas kemain besar-besar, tapi level bawah semua kecil-kecil sahaja, sedang elok ngap. Untuk makluman tart ini telah pun habis selang beberapa hari sahaja. Jadi ibu dalam misi mencari lagi tart nenas yang paling sedap di alam semesta, jika tidak jumpa maka harus ibu pergi lagi ke Mydin dan dapatkan tart ini.

Dulu ibu pernah buat tart, guna marjerin sebab kalau butter akan pecah/lembut sangat. First time buat tart nenas, keras sampai boleh buat baling adik cakap. Sedih sungguh kemain lah kita buat seharian tapi boleh adik cakap macam tu. Itu kisah dulu masa muda remaja, dan selepas itu memang ibu tidak pernah lagi buat kuih tart atau kuih raya yang lain.

Semalam masa di PKNS ibu jumpa tart gulung, nampak macam sedap sebab tak boleh rasa ibu beli jer, RM29 satu balang dah lupa bilangannya berapa mungkin dalam 50 kut. Gambar tart ini juga ibu amik dari Google.


Masa berbuka ibu cubalah sebiji, rasanya tidak menepati citarasa juga tersangat rasa butter dan susu.

Pernah juga beli biskut tart daripada pengasuh anak-anak, akak tu buat biskut tart bunga macam ni, tahun ini sibuk dengan nak sambut menantu pertamanya pada 18 Sept ini. Kad jemputan pun ibu sudah dapat kena berkejar dari kampung lebih awal nampaknya sebab jika diizinkan memang nak memenuhi jemputan kakak ni.

Pic from Google

Ini pula bentuk biskut tart yang ibu belum pernah makan, rupa topi pun ada.

Pic from Google
 
Tahun ini tak jumpa pula dengan tart gunting seperti ini (tak jumpa atau memang tak nampak?)

Pic from Google
 
Ini yang terbaru di pasaran, rupa seperti betik, tembikai, bunga ros tapi rasa tetap tart nenas. Yang ini pun ibu belum pernah cuba, sayang pula nak makan jika warna warni begini kan?

Pic from here

Anda suka tart nenas tak? Bentuk yang bagaimana anda suka? Bunga, gunting, topi, gulung atau warna-warni? Kat mana anda beli tart nenas yang paling sedap di alam semesta? Ibu belum jumpa lagi ni.

Comments

  1. suka tart nenas dari penang.tiap2 tahun suruh kakak belikan....heaven sungguh rsany!belum pernah jumpe tart yg lagi sedap dari yg ni!

    ReplyDelete
  2. saya suka tart gulung nenas kakak ipar saya..rasa cam bahagia je bila makan..tapi kak wan tak suka yg rapuh ek..saya suka..

    ReplyDelete
  3. banyak nya variasi tat..mak eliss dulu suka buat tat kurma :)

    selamat hari raya!

    ReplyDelete
  4. macam best jer tart yg kalerful tu

    saya every year makan tart nenas buatan makcik.. sgt sedap! tak rapuh sgt, tak manis sgt.. sedang molek saje =)

    ReplyDelete
  5. CatlinaFly,
    bila cat cakap heaven, teringin nak cuba....

    ReplyDelete
  6. amirah,
    tekak kita berbeza kan.... banyak tart yg jenis rapuh.... untung amirah

    ReplyDelete
  7. elissmie,
    wah tart kurma, emm itupun belum cuba pernah dengar jer...

    Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  8. wan anie,
    tart nenas yg sedap guna butter + minyak sapi..
    kalo kakyong yg buat.. jusy buat bula2 & masukkan inti ke dalam.. so far adik-beradik kakyong lebih suka kurma drp tart nenas...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.