Skip to main content

Cerita Booth

Seronok berada di booth, pelbagai ragam manusia dapat dilihat daripada kanak-kanak sehingga warga emas. Bila lihat kanak-kanak, agaknya kita macam ni dulu-dulu kan? Bila lihat warga emas, bagaimana lah nasib bila kita di usia mereka nanti......

Menjaga booth rupanya jauh berbeza dari mendapat order melalui online, terlalu banyak beza. Bila berniaga direct, ada pelanggan yang minta harga yang tidak logik, sebagai peniaga sudah tentu untung rugi menjadi asas, jika tidak mahu untung baik tidak payah berniaga.

Harga kos bagi sesuatu barangan bukannya harga yang dapat daripada pembekal, tetapi termasuk juga kos pengangkutan dan handling. Jika hendak diambilkira semua itu, memang dah murah sangat dengan harga yang ditawarkan.

Mengepam di khalayak adalah suatu pengalaman baru bagi ibu, jika sebelum ini ibu hanya mengepam di tempat tertutup, malu juga walaupun sesama kaum, inikan pula di khalayak. Ibu hanya berselindung di belakang booth, de sebalik tiang tapi masih boleh dilihat umum. Terima kasih pada kawan ibu Ilfa yang menghadiahkan Nursing Cover selepas kelahiran Aiesyah, Alhamdulillah masih sangat-sangat berguna untuk Umar pula sekarang.

Ada cerita kelakar pasal Cloth Diapers, hehe nanti ibu ceritakan di lain masa, hari ini hari berehat bersama keluarga, nak bawa anak-anak ziarah sepupu baru mereka yang lahir 10.10.10 hari tu

Gambar sekitar booth;





Snap photo bila bosan, tiada pelanggan yang singgah :-)

Notakaki: Bila belajar suatu yang baru, makin banyak pengalaman, semakin banyak yang perlu belajar sebenarnya.

Comments

  1. mesti lepas ni tertunggu2 masa & tmpt sesuai nak buka booth lagi, kan? all the best!

    ReplyDelete
  2. wan

    biasanya untuk booth, biasanya hari pertama hingga ke tiga, jualan perlu untuk cover keseluruhan kos termasuk tapak sewa n bil sewaktu denganya,

    hari ke empat dan seterusnya adalah untuk jualan dan keuntungan

    itu tip mana2 pemilik kedai yang membuat pameran

    kalau lokasi yang paling meletup2 adalah pkns shah alam, bulan puasa adalah penjanaan pendapatan untuk setahun

    ReplyDelete
  3. Yatie,
    InsyaAllah memang akan berterusan....

    ReplyDelete
  4. Mas,
    Alhamdulillah jualan hari pertama sudah boleh cover kos tapak utk seminggu.

    kami baru nak mula mas, tempat yg meletup, kosnya pun mahal dan bermusim biasanya...

    saya mulakan di sini sebab dari pagi ke petang shj sementara belum ada pekerja.... InsyaAllah masih banyak perancangan mas

    ReplyDelete
  5. tahniah Anie. ada hajat utk buka booth permanently ke?

    ReplyDelete
  6. tiba2 mlm td teringat jejantas sg.buloh..pas tu ingat anie..tak nak survey ker booth kat sana camner?hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.