Skip to main content

Jemputan Rumah Terbuka, Dapur Tak Berasaplah Nampaknya...

Selamat berhujung minggu.

Ibu pasti ramai yang bercuti hujung minggu ini untuk mengadakan rumah terbuka atau mengunjungi rumah terbuka kawan-kawan saudara-mara macam kami ni sampai dapur tak berasap sejak semalam.

Pagi semalam jer ibu masak mee goreng udang (penuh dengan udang itupun masih berebut lagi). Jadual rumah terbuka penuh dari semalam;

Jumaat, Rumah Terbuka Taska Arisa (taska Aiesyah dan Umar) 4.00 - 11.00 pm
Lokasi: Batang kali
Menu: Nasi himpit kuah kacang, soto, nasi goreng, rendang, donat yang sedap!
Kami datang pukul 6 petang semalam

Jumaat, Rumah Terbuka tempat kerja abah 8.00 - 11.00 pm
Lokasi: Kuala Kubu Bharu
Menu: Nasi kukus ayam dara, nasi himpit kuah kacang, soto, lontong, pecal, mee sup, lemang, rendang, roti jala, cendol, aiskrim untuk anak-anak.
Sampai jam 9 malam, kul 10.30 dah balik, masuk kereta anak-anak semua zzzzzz.......

Sabtu, Rumah Terbuka jiran: Waktu sesudah subuh sehingga habis makanan.
Lokasi: dekat jer ngan rumah
Menu Utama: Nasi lemak, meehoon goreng, laksa johor, nasi himpit kuah kacang, roti jala, kuih-muih
Abah dari surau Solat Subuh terus jer makan nasi lemak, ibu dan anak-anak jam 9.30 makan laksa johor, tambah 2 kali tu... sedap! Dah lama tak makan laksa johor.

Sabtu, Rumah Terbuka 1 Superkids: 11pg - 4pm
Lokasi: Puchong

Sabtu, Rumah Terbuka bekas kawan sekerja: 12.30 - 6.00 pm
Lokasi: Shah Alam

Sabtu, Kenduri Kesyukuran Perkahwinan kawan sekerja abah: 12 - 4 pm
Lokasi: Batang Kali

Sabtu, Rumah Terbuka taska Hakim: 6.00 - 10.00 pm
Lokasi: Batang kali

Sabtu: Rumah Terbuka kawan abah: 8.00 - 11.00 pm
Lokasi: Rawang

Bila ke rumah terbuka bersama anak-anak kecil masa perlu diatur sebaiknya, sebab biasalah anak-anak bila sudah penat dan mengantuk mula 1000 macam perangai timbul, dari sakit kepala, gigi, tangan sampai ke kaki sakitnya. Kadang-kadang timbul pulak tempat gatal-gatal sampai ke dalam mulut pun ada

Macam sekarang ini jam 12 tgh, cadangnya nak ke Shah Alam tapi anak-anak sudah zzzzz... kecuali Hakim yang tengah seronok tengok ramai orang beraya sambil berbasikal. Biarlah anak-anak tidur dan dapat cukup rehat, jika sempat kami akan ke Shah Alam jika tidak kami akan beroperasi cat sekejap, lepas tu bersiap ke taska Hakim dan ke rumah kawan abah.

Bila banyak jemputan, lebih afdal jika dahulukan yang dekat kan, jika jemputan yang jauh, perjalanan pun hampir 1 jam, pergi balik plus duduk-duduk makan dan sembang-sembang sekejap paling kurang 3 jam. Jika pergi yang dekat 3 jam tu sama macam ke 3 buah rumah dan lebih 10 menu masuk ke dalam perut.

Best juga idea rumah terbuka sesudah subuh, tahun depan boleh lar kami buat pula, senang bangun pagi bila perut terasa lapar terus datang

Mana tahu ada rezeki kami boleh jamu anda semua makan Nasi Dagang tahun depan, doa-doa lah yer semoga murah rezeki kami.

Comments

  1. byknya emputan rumah terbuka..
    kakyong ni lepas minggu pertama syawal.. pastu terus dok memerap di rumah jer...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.