Skip to main content

OldTown White Coffee

Sudah 2 hari blog tak berupdate, tiba-tiba hari ni keluar cerita OldTown White Coffee


OldTown White Coffee dikatakan kopitiam terbesar dengan 171 outlet as at October 2010. Ibu tidak pernah ke OldTown White Coffee cuma pernah minum coffee plus Hazelnut, sungguh ibu menggemari aroma dan rasa kopinya.

Siapa yang minat dengan kopitiam boleh buat franchise dengan OldTown White Coffee, sekarang telah dibuka kepada bumiputera kerana telah mendapat pengiktirafan halal JAKIM dan mereka ada panel halal sendiri.

Berniaga mobile sangatlah meletihkan jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan berniaga online. Jualan online duduk relaks dan terima order, buat packaging dan hantar, jualan direct kena berdiri sepanjang hari, muka sentiasa senyum, kena kemas stok yang bersepah dan kena cepat kira duit

Hari pertama Jualan Mega di Hospital Sungai Buloh tak menang tangan ibu seorang menjaga booth, jika berkesempatan datang lah sini yer ada lebih kurang 20 booth jualan jer tidak lah seperti Karnival Jom Heboh :-)

Tidak sangka sambutan terhadap Cloth Diapers sangat menggalakkan, gembira bila semakin ramai ibu-ibu yang menyedari penjimatan berganda apabila menggunakan lampin pakai basuh ini. Senyum ibu bila ada ibu yang bersungguh menceritakan kepada kawannya tentang CD yang telah mereka gunakan dan hanya hari ini kawannya tahu pasal CD.

Nanti cerita lagi, mata dah mengantuk, esok mahu berJualan Mega lagi, jika begini hari-hari........

Comments

  1. Assalamualaikum anie,

    Seronok tgk anie dah melangkah setapak lagi..kwn2 blogger yg dah berjaya..teringin jgk nak join sekali, cuma kekangan masa dan anak2 yg blm bercuti sekolah..smpi bila kat sg buloh tu anie?

    ReplyDelete
  2. dah pernah mkn kat Old Town White Coffee. mknan dia boleh tahan jugak.

    ReplyDelete
  3. MyBabyComel,
    terima kasih.... saya doakan utk anda juga, InsyaAllah jika diizinkan.

    ReplyDelete
  4. Nur,
    setahu saya makanan di oldtown sedap2 saya je yg belum merasa, dulu saya tak berani nak ke kopitiam sebab was=was dengan 'kehalalan' tapi lepas abg ipar join kursus franchise dan bagitau ada halal jakim baru teringin nak makan....

    ReplyDelete
  5. Tahniah Wan... GO GO GO (bukan GO DIEGO GO hehehe)

    ReplyDelete
  6. SR,
    kalu nyanyi Go DIEGO GO pun jadi semangat juga .. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...