Skip to main content

Update 06 Oct 2010, Doakan Ayah...

Bismillah,

Cabaran berblog sudah mula dirasai bila blog tidak berupdate :-D

InsyaAllah pada yang berada di sekitar Rawang, Batang Kali, Kuala Kubu Bharu hingga ke Tanjung Malim boleh datang ke kedai ibu yang tidak seberapa di Bandar Utama Batang Kali. Call ibu untuk temujanji yer...

Maaf jika ada yang ternanti-nanti Buku PBK yang mana dah bayar 2/3 hari lepas, ibu akan pos kesemuanya hari ini. Terima kasih kerana sudi dapatkan buku ini daripada ibu, ibu pun nak clearkan barang-barang dalam stor jadi nanti kurang lah sikit barang untuk berpindah.

Semalam ibu dah let go buaian, kebetulan jumpa dengan sepasang suami isteri di kedai hardware mencari buaian untuk bayi mereka yang merengek ketika itu, ibe menegur dan beritahu ibu ada buaian yang tidak digunakan, jika abang dan kakak mahu boleh ambil di kedai saya.

Alhamdulillah rezeki diorang, ibu guna sekejap jer buaian tu masa Aiesyah dulu, Umar pun boleh kira berapa kali masuk buaian, at last simpan jer...

Ada juga playpen, babycar sit, kelambu (boleh muat tilam bujang) buku2 masa belajar dulu, baju anak2 yang masih elok sumer nak letgo.... cuma masih belum sempat nak buat sesi photography tu barang-barang tu semua, tunggu yer nanti ibu bagitau kat sini.


Ini pula kisah lain, kakak beritahu ibu yang ayah masuk wad petang kelmarin (Isnin) sebab bacaan gula yang tinggi dalam darah atau kencing manis. Semalam ibu call, ayah ceria jer.... tak macam orang yang kena warded. Ayah cakap tak payah risau ayah sihat tak ada apa-apa, cuma gula tinggi jer, kata ayah.

Setiap kali ibu call dan bercakap dengan ayah memang nadanya ceria saja, mungkin ayah gembira anak-anak telefon bertanya khabar atau ayah tidak mahu kami semua risau tentang dirinya. Tahun ini umur ayah sudah menginjak lebih 73 tahun, kudrat sudah tiada, sudah tidak larat untuk ke kebun sendirian, itu pun masih lagi tanam pokok rambutan untuk anak-anak cucu makan nanti, kata ayah.

Ibu dapat rasakan sesuatu sejak ayah hendak ke Mekah sebelum puasa haritu, masa cuma Allah sahaja yang tahu, ibu hanya berdoa ayah dan cik (mak) diberikan kesihatan untuk sempurnakan ibadah di usia mereka sekarang ini. Buatlah apa sahaja yang mereka mahu asalkan memberi kebaikan dan kegembiraan kepada mereka, kami anak-anak cuma ingin melihat ayah dan cik gembira.

Ayah suka menyimpan, sentiasa pentingkan pendidikan anak-anak walau sanggup bersusah, jual binatang ternakan, tanah supaya anak dapat belajar ke peringkat tertinggi namun ayah tidak pernah berkira. Pernah suatu ketika dulu semasa ibu masih kecil, ayah kesuntukan wang dan waktu itu kakak hendak pulang dari Mesir kerana keadaan agak kucar-kacir di sana, kami adik beradik berkumpul sambil memegang buku simpanan masing-masing.

Ibu doakan ayah sihat selalu, kalu ikutkan hati nak jer ibu balik dan bersama-sama ayah dan cik di kampung. InsyaAllah jika masa mengizinkan dan ada rezeki kami akan pulang nanti, suatu hari nanti.

Comments

  1. saya doakan ayah anie cepat sembuh, diberikan kesihatan yg baik utk hari2 yg seterusnya..aminnn

    ReplyDelete
  2. semoga ayah kak anie cepat sembuh..aminn

    ReplyDelete
  3. semoga ayanh kak wan segera sihat seperti selalu..amin...

    catlina

    ReplyDelete
  4. wan anie,
    semoga ayah wan anie cepat sembuh...
    begitu lah kan.., bahagia hati seorang ayah @ ibu, tatkala anak2 bertanya khabar..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih pada semua yang mendoakan.... Alhamdulillah ayah dah boleh discharge, tadi kakak on the way nak bawa ayah balik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.