Skip to main content

Cek NuffNang Datang Lagi....

Cek ke-2 Nuffnang sudah sampai ke tangan semalam, dah selamat masuk dalam mesin cheque pun

Walaupun belum cecah 3 angka, jumlah terkumpul belum sampai 10% dari harga iPhone 4 hehe, tidak mengapa mana tahu rezeki cek ke-3 tak lama lagi ditambah dengan pendapatan Google Adsense.

Sudah lama tidak buka Nuffnang, sudah banyak benda baru yang telah wujud rupanya. Ada Churp Churp blogging contest dan Blackberry Torch 9800 utuk dimenangi. Siapa rajin dan kreatif memerah otak, InsyaAllah dia dapat.

Memang boleh dapat duit dengan Nuffnang, cuma kena sabar sikit lah jika rajin join contest dan apa-apa event yang dianjurkan oleh Nuffnang lagi masuk..... ibu ni kena pilih-pilih juga, tak mahu semborono aje, main sambar jer kata orang, kena tengok juga yang mana sesuai yang mana tidak, begitu juga gambar-gambar yang hendak dipamerkan di dalam blog yang menjadi tontonan umum jadi kena pilih-pilih juga.

Jika kita letak gambar yang tidak elok dan terdedah aurat sana-sini, bukan kita yang buat aje dapat dosa, orang yang melihat pun dapat sama. Sama-sama kita menjaga diri dan berpesan sesama kita.

Jika anda belum lagi cash out earning Nuffnang, dan jumlah baki untuk cash out cuma RM0.25 mesti tak sabar kan? Hehe .... pengalaman dulu-dulu, sabar-sabar akan tiba masanya nanti.

Comments

  1. ComeyBelako,
    terima kasih baru dapat ciput apapun Alhamdulillah dari tiada :-)

    ReplyDelete
  2. tahniah... lama2 mahsyuk la tu..

    kakyong kdg2 teringin nak join contest nuff & churp2 tu.. tp bila xde mood, tu yg payah nak buat n3 comtest ni... actually kena mengaku la >>> kurang kreatip...

    ReplyDelete
  3. kakyong,
    saya pun sama, nak buat entry contest kena spend masa, itu yg kadang tak tercontest jugak saya... hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...