Skip to main content

Eid Mubarak 1431H


Sekarang jam sudah 10.02 pagi, abah ke surau berdekatan 4 ekor lembu akan dikorbankan hari ini, hakim dan aiesyah juga turut sama nak tengok orang potong lembu kata mereka.

Sementara Umar tidur, ibu boleh mengadap sekejap. Menu hari ini nasi minyak dengan gulai ayam dan acar timun campur nenas, sambal lupa nak buat... boleh?

Gigih ibu bangun jam 2 pagi siapkan gulai dan acar, duk fikir apa lagi nak buat, lupa pasal sambal... pagi ni masa makan baru perasan sambal lada tak ada.

Selamat Hari Raya Qurban pada anda semua, jika di kampung hari raya haji ni meriahnye lain berbanding raya Idulfitri mungkin sebab ibadah korban itu sendiri, jadi 3 hari beraya setiap hari ada sahaja yang berkorban.

Jika di negara Kemboja misalnya, mereka hanya dapat makan daging sekali setahun sahaja di hari raya qurban ini, ibadah qurban di kemboja juga lebih murah jika hendak dibandingkan dengan di sini mungkin kerana lembu lebih murah di sana.

Abang ipar ibu kali kedua beraya di Kemboja tahun ini menyaksikan anak-anak se Islam kita di sana jauh berbeza di Malaysia. Melihatkan gambar anak-anak dengan pakaian compang camping sangat meruntun hati keibuan saya.

Jika kita merasa susah sedikit di sini, jangan mengeluh sebaliknya bersyukur kerana ramai lagi orang lain yang lebih teruk nasib daripada kita. Bersabar dengan kesusahan yang dialami hari ini adalah pengorbanan kita untuk hari depan.

Selamat Hari Raya Qurban 1431 H

Comments

  1. salam aidil adha.. bestnya anak2 dpt tgk org potong lembu.. tahun ni kami tak berkesempatan..

    ReplyDelete
  2. eid mubarak kakyong, memang happy diorang.. pastu kat surau ada satu sudut diorg asangkan video upin ipin jadi tidak ler anak2 bising

    ReplyDelete
  3. sebab tu ada badan2 kt Malaysia yg menguruskan ibadah qurban kat kemboja tu kan kak. sian rakyat di sana.

    ReplyDelete
  4. anak2 saya tngk kat tv jer..cian plak, ayahnya tak brapa sihat hari tu..plannya nak bawak tngk org sembelih lembu kat surau taman tur..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.